1 November 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia jatuh berikutan data ekonomi yang bercampuran.
Dolar Australia telah didagang dengan lebih rendah terhadap dolar AS susulan dengan latar belakang data ekonomi yang bercampuran. Menurut kepada Pusat Maklumat Logistik China, China data Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) China pada Oktober telah memberi bacaan sebanyak 49.2, lebih rendah daripada bacaan ramalan 49.7. Data ekonomi China yang lemah tersebut telah mencerminkan pengecutan dalam sektor pembuatan China di tengah-tengah kekurangan bekalan kuasa dan harga bahan mentah yang melambung tinggi. Kelembapan dalam aktiviti pengeluaran perindustrian China boleh mengakibatkan permintaan bahan mentah yang lebih rendah dari Australia justerunya berpotensi menjejaskan hasil perdagangan Australia. Pasangan ini juga ditekan oleh data Personal Consumption Expenditures (PCE) AS yang lebih baik daripada jangkaan di mana ia telah meningkatkan lagi spekulasi pasaran bahawa pengumuman rasmi pengurangan dasar kewangan mungkin akan berlaku semasa mesyuarat November. Walau bagaimanapun, Biro Perangkaan Australia melaporkan bahawa data Retail Sales Australia pada bulan September telah mencatatkan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan susulan dengan bacaan tersebut itu berada pada 1.3%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 0.2%. Data positif tersebut sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh sekatan di New South Wales yang telah dilonggarkan, justerunya mencatatkan peningkatan dalam aktiviti pembelian barangan runcit. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD telah jatuh sebanyak 0.03% kepada 0.7508.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.01% kepada $83.14 setong semasa penulisan di tengah-tengah prospek permintaan yang positif. Harga minyak melanjutkan kenaikannya susulan dengan pemulihan momentum ekonomi global yang mengakibatkan permintaan minyak semakin meningkat. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.02% kepada $1784.92 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 57.7 | 57.7 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) | 61.1 | 60.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 93.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.45.
Tahap rintangan: 94.45, 95.20
Tahap sokongan: 93.85, 93.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3665. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3805, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3665, 1.3555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1535. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1615, 1.1680
Tahap sokongan: 1.1535, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 114.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 114.60, 115.85
Tahap sokongan: 113.20, 112.00

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7485. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7565, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7485, 0.7410

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7080

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2410. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2410, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2200

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9140. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9215.
Tahap rintangan: 0.9215, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9140, 0.9060

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 81.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 84.55.
Tahap rintangan: 84.55, 88.40
Tahap sokongan: 81.20, 79.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1779.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1808.30.
Tahap rintangan: 1808.30, 1831.50
Tahap sokongan: 1779.95, 1748.55