83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 Mac 2020                          Analisis Sesi Pagi

 

Euro melantun susulan data optimistik.

Euro telah melanjutkan keuntungannya berbanding dengan dolar AS pada hari Jumaat yang lepas berlatarbelakangkan data ekonomi yang optimis dari rantau tersebut. Untuk bulan Februari, German Unemployment Change memberi bacaan sebanyak -10,000, lebih baik daripada ramalan iaitu 3,000. Selain itu, German Core CPI bagi bulan Februari telah mencatat peningkatan ke paras 0.4%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.3%. Kedua-dua data ini telah meningkatkan penampilan euro di dalam pasaran kewangan selepas data terdahulu memaparkan risiko kemelesetan. Namun, keuntungan pada euro adalah terhad selepas koronavirus merebak secara meluas dari Itali ke negara lain di Eropah seperti Switzerland, Austria dan Sepanyol. Para pelabur khuatir bahawa wabak koronavirus bakal menjejaskan pemulihan ekonomi di dalam zon EU dan ini telah menurunkan keyakinan para pelabur terhadap euro. Sementara itu, dolar AS mengalami kerugian yang ketara pada minggu lepas susulan dengan spekulasi para pelabur terhadap penyusutan momentum pertumbuhan ekonomi berikutan dengan penyebaran koronavirus di AS. Pada minggu lepas, US Centres for Disease Control and Prevention memberi amaran bahawa koronavirus tersebut berkemungkinan telah merebak di AS. Bank Pusat AS juga memberi isyarat bahawa mereka sedang memantau keadaan semasa sementara kemungkinan penyebaran baru-baru ini telah meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar faedah bagi jangka masa yang terdekat. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.19% ke 1.1046 sementara indeks dolar menurun sebanyak 0.05% ke 98.01.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.01% ke $45.13 seetong. Harga minyak mengalami kerugian yang ketara pada minggu lepas berikutan dengan penyebaran koronavirus di luar China ke negara seperti Switzerland, Itali dan berkemungkinan di AS. Para pelabur khuatir bahawa ia akan menjejaskan perkembangan ekonomi global dan secara langsungnya memberi impak kepada permintaan minyak mentah. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,586.16 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko.

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Feb) 47.8 47.8
17:30 GBP – Manufacturing PMI (Feb) 51.9 51.8
23:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Feb) 50.9 50.4

 


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.90. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.30, 98.90

Tahap sokongan: 97.90, 97.45

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2915. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2740.

 

Tahap rintangan: 1.2915, 1.3130

Tahap sokongan: 1.2740, 1.2570

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan 1.0200. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1090.

 

Tahap rintangan: 1.1090, 1.1165

Tahap sokongan: 1.1020, 1.0930

 

USDJPY, Daily: USDJPY menjunam secara mendadak selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 106.35.

 

Tahap rintangan: 107.55, 108.40

Tahap sokongan: 106.35, 104.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.6450. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6580, 0.6700

Tahap sokongan: 0.6450, 0.6300

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6200. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6200.

 

Tahap rintangan: 0.6435, 0.6700

Tahap sokongan: 0.6200, 0.5790

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3445, 1.3510

Tahap sokongan: 1.3390, 1.3305

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9620. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.9620.

 

Tahap rintangan: 0.9730, 0.9840

Tahap sokongan: 0.9620, 0.9550

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya sementara kini menguji di 43.00. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 46.30, 51.55

Tahap sokongan: 43.00, 38.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1600.00, 1629.15

Tahap sokongan: 1562.00, 1526.90