02 Mac 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie kekal stabil berikutan dengan keputusan RBA.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah didagang dengan stabil selepas keputusan kadar baru-baru ini dari bank pusat Australia (RBA). RBA telah mengekalkan kadar faedahnya dengan tidak berubah pada paras terendah 0.10% seperti yang dijangkakan secara meluas. Dalam kenyataannya, RBA menyebut bahawa mereka tidak akan meningkatkan kadar sehingga inflasi sebenar berada dalam julat sasaran 2-3%. Di samping itu, RBA juga menyatakan bahawa mereka berkomitmen untuk mengekalkan keadaan dasar kewangan yang longgar sehingga matlamatnya tercapai dan bersiap untuk mengubah pembeliannya mengikut keadaan pasaran. Kesediaan RBA untuk meningkatkan pasaran bon dan penolakan untuk kenaikan kadar kelihatan telah mendorong para pembeli dan menyokong harganya. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.03% hingga 0.7757.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.47% kepada $ 59.86 setong semasa penulisan berikutan dengan kemungkinan dalam masalah bekalan. Para pelabur terus melepaskan kedudukan mereka kerana kebimbangan bahawa OPEC mungkin bersetuju untuk meningkatkan bekalan global dalam pertemuan minggu ini. Pada masa yang sama, permintaan yang menurun dari China juga mempengaruhi komoditi tersebut. Pertumbuhan aktiviti kilang China merosot ke paras terendah sembilan bulan pada bulan Februari dan ini boleh mencerminkan permintaan minyak mentah China dan memberi tekanan kepada harga minyak. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.69% kepada $ 1713.17 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Feb) | -41K | -13K | – |
| 21:30 | CAD – GDP (MoM)(Dec) | 0.7% | 0.3% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 90.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 91.95, 92.05
Tahap sokongan: 90.90, 89,60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.3855. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3945, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3855, 1.3775

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2020. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2085, 1.2135
Tahap sokongan: 1.2020, 1.1955

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 107.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 107.00, 107.55
Tahap sokongan: 106.20, 105.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7775. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7775, 0.7860
Tahap sokongan: 0.7705, 0.7595

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7240. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7365, 0.7440
Tahap sokongan: 0.7240, 0.7170

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2640. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2640, 1.2560

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9180. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannyna selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9180, 0.9280
Tahap sokongan: 0.9040, 0.8925

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 60.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 59.05.
Tahap rintangan: 60.95, 62.55
Tahap sokongan: 59.05, 57.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1725.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1677.65.
Tahap rintangan: 1725.40, 1764.10
Tahap sokongan: 1677.65, 1631.85