02 March 2022 Analisis Sesi Petang
Euro menyusut susulan dengan peningkatan ketegangan Russian-Ukraine.
Euro telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine telah terus menjejaskan momentum ekonomi keseluruhan di rantau Eropah. Menurut kepada Reuters, Majlis Kesatuan Eropah mengundi pada hari Selasa mengenai sekatan untuk mengecualikan bank Rusia daripada sistem SWIFT untuk menjejaskan keupayaan mereka untuk beroperasi secara global. Terdahulu, Rusia memberi amaran kepada penduduk Kyiv supaya meninggalkan kediaman mereka manakala komander Rusia telah memperhebatkan pengeboman ke atas bandar-bandar Ukraine. Eropah mengimport kebanyakannya 40% daripada penggunaan gas aslinya dan lebih daripada suku permintaan minyak dari Rusia. Peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine serta pelaksanaan sekatan terhadap Rusia berkemungkinan akan meningkatkan kos bahan mentah untuk negara Eropah, yang membawa kepada risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Euro. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.04% ke 1.1121.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak 2.02% ke $110.10 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine telah terus menimbulkan kebimbangan bekalan minyak pada masa hadapan. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1937.90 se troy auns setakat ini di tengah-tengah penurunan selera risiko dalam pasaran kewangan global telah mencetuskan peralihan sentimen terhadap komoditi selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative GBP Annual Budget Release
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:55 | EUR – German Unemployment Change (Feb) | -48K | -23K | – |
18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 5.10% | 5.30% | – |
21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) | -301K | 350K | – |
23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.25% | 0.50% | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.515M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 97.35., 98.20
Tahap sokongan: 96.50, 95.75
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3355. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3275.
Tahap rintangan: 1.3355, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3205
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1120. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1230, 1.1290
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1010
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 114.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 115.65.
Tahap rintangan: 115.65, 116.25
Tahap sokongan: 114.60, 113.65
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7270. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7270, 0.7335
Tahap sokongan: 0.7205, 0.7125
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6715. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6865.
Tahap rintangan: 0.6865, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2655. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2800, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2655, 1.2475
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.15, 114.10
Tahap sokongan: 103.30, 97.35
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1946.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1929.40
Tahap rintangan: 1946.30, 1958.20
Tahap sokongan: 1929.40, 1919.30