83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 Mac 2023                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar merosot di tengah-tengah pemulihan ekonomi China.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, kehilangan kilauannya baru-baru ini apabila data ekonomi yang kukuh di China telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap pemulihan yang kukuh dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu. Semalam, China mencatatkan Data PMI pembuatan dan PMI Bukan Pembuatan pada 52.6 dan 56.3, lebih kukuh daripada ramalan konsensus masing-masing pada 50.5 dan 55.0. Data ini mencerminkan bahawa aktiviti kilang dan perkhidmatan China mengalami pemulihan yang baik pada bulan Februari selepas pembukaan semula ekonomi. Dengan itu, ia menghapuskan prospek ekonomi China yang mendung sambil mencetuskan momentum belian yang besar dalam pasaran mata wang berkaitan, seperti rakan dagangan utama China termasuk Aussie dan dolar New Zealand. Selain itu, aktiviti pembuatan AS telah menguncup untuk bulan keempat berturut-turut pada bulan Februari, namun ia masih menunjukkan beberapa tanda kestabilan aktiviti berbanding bulan sebelumnya. Menurut kepada ISM, data PMI Pembuatan AS meningkat daripada bacaan bulan sebelumnya 47.4 ke 47.7 pada bulan Februari, sedikit di bawah ramalan konsensus pada 48.0. Sehingga penulisan, indeks dolar turun -0.44% ke 104.40.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.17% ke $77.60 setong kerana harapan pemulihan China telah mengimbangi peningkatan inventori minyak di AS. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.58% ke $1837.15 setroy auns apabila mata wang Dolar AS gagal membangkit semula di tengah-tengah pertumbuhan aktiviti pembuatan yang mengecewakan di AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – CPI (YoY) (Feb) 8.6% 8.2%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 192K 197K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 105.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 103.15.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan aliran menurun. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0665. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0665, 1.0770

Tahap sokongan: 1.0445, 1.0275

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 136.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 136.45, 139.05

Tahap sokongan: 135.20, 133.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6230. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6230, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6160, 0.6080

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3740, 1.3885

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3505

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan tersebut di 0.9405. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9405, 0.9550

Tahap sokongan: 0.9310, 0.9225

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 76.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 81.80.

 

Tahap rintangan: 81.80, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 73.25

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1835.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1835.00, 1859.90

Tahap sokongan: 1821.60, 1809.15