83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 April 2018                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: April 2 – 6

Kajian Pasaran (Forex): Mac 26 – 30

Dolar A.S.

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Khamis yang lalu selepas risiko persaingan perdagangan masih mengehadkan sebarang kenaikan optimisme ke atas mata wang tersebut. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.20% dan menutup minggu lalu di paras 89.97. Spekulasi yang berterusan ke atas sentimen protectionism yang telah tercetus selepas Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif import yang tinggi ke atas China telah menyelubungi unjuran ekonomi masa depan bagi AS.

 

Seawalnya, dolar AS telah mendapat momentum bullish yang kukuh selepas pembebasan data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan dari rantau tersebut. Bagi data GDP, bacaan terkini untuk suku keempat tahun lalu telah bertumbuh dengan kadar sebanyak 2.9%, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 2.7%. Bacaan optimistik tersebut telah didorong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi bagi suku lalu dengan 4.0% berbanding ramalan hanya 3.8%.

 

Selain itu, bacaan inflasi yang digunakan oleh Bank Pusat AS (Fed) – PCE Price Index telah memaparkan bacaan yang positif selepas ia bertumbuh di dalam jangkaan dengan 1.6% bagi bulan Mac. Data tersebut telah memberikan sokongan kepada ulasan Fed yang menjangkakan kadar inflasi negara untuk bertumbuh secara beransur-ansuran ke arah sasaran 2% pada jangka pertengahan di dalam tahun ini.

 

Namun, sebarang kenaikan pada dolar adalah masih terhad selepas para pelabur bersiap sedia untuk cuti Hari Good Friday dan Eastern Europe pada minggu lalu yang telah mendorong kepada isi padu dagangan yang lebih rendah. Selain itu, risiko persaingan perdagangan yang masih belum diselesaikan juga telah memberikan tekanan ke atas keuntungan yang dicatat oleh dolar.

 


 

US GDP Growth Rate

—– Ramalan

Bacaan GDP bagi suku keempat di AS meningkat ke paras 2.9% berbanding dengan ramalan hanya 2.7%.

 

 

US Real Consumer Spending

US Real Consumer Spending memberikan bacaan yang lebih tinggi dengan 4.0% berbanding ramalan hanya 3.8% untuk bulan Mac.


 

US Core PCE Price Index (YoY)

Data inflasi yang digunakan oleh Fed – PCE meningkat di dalam jangkaan dengan 1.6% untuk bulan Mac.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.15% ke 106.28 namun masih mencatat kenaikan mingguan sebanyak 1.36%.

 

 

EUR/USD

Euro melanjutkan pemulihannya sebanyak 0.16% berbanding dengan dolar AS ke paras $1.2319.

 

 

GBP/USD

Pound sterling didagang secara tidak berubah berbanding dengan dolar AS dan disebut niaga berhampiran $1.4017.


 

Kajian Pasaran (Komoditi): Mac 26 – 30

GOLD

Harga emas menokok sedikit pada hari Khamis yang lalu sementara dagangan ditutup pada hari Jumaat sempena dengan cuti Good Friday. Harganya meningkat sedikit sebanyak 0.03% ke $1,325.00 namun masih mencatat kerugian sebanyak 1.73% bagi minggu lalu. Seawalnya, harga komoditi berharga ini telah melonjak sehingga ke paras yang tertinggi di dalam tempoh masa lima minggu pada hari Rabu sebelum menjunam kembali berlatarbelakangkan permintaan yang lebih rendah bagi aset selamat. Pergerakan tersebut telah didorong susulan dengan penyusutan risiko geopolitik dari Semenanjung Korea diantara Korea Utara dan Selatan. Harga emas juga telah ditimpa dengan tekanan bearish selepas dolar AS melanjutkan pemulihannya dari paras rendah susulan dengan data ekonomi yang lebih optimistik bagi rantau tersebut. Harga komoditi ini yang berasaskan dolar biasanya akan menjadi lebih mahal bagi para pelabur yang lain jika dolar AS menokok.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah mengukuhkan kedudukannya pada hari Khamis yang lalu selepas para pelabur memberikan sentimen yang optimistik terhadap data yang memaparkan penyusutan buat kali pertama bagi bilangan pelantar minyak AS di dalam tiga minggu. Harganya meningkat sebanyak 56 cents atau 0.90% dan menutup minggu lalu lebih awal sempena cuti Good Friday di paras $64.94 setong. Walaupun harganya mencatat kerugian sebanyak 1.4% bagi minggu lalu, ia telah meningkat sebanyak 5.3% bagi bulan Mac dan mencatat keuntungan sebanyak 7.5% bagi suku pertama tahun ini.

 

Sentimen bullish ke atas harganya telah didorong selepas pembekal servis Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak serantau telah menurun sebanyak 6 ke paras 798 pada minggu lalu. Laporan tersebut telah membantu menyokong harga minyak dengan lebih lanjut selepas laporan pada hari Rabu memaparkan bahawa OPEC dan Rusia sedang bersedia untuk memperkenalkan pelan jangka panjang bagi menstabilkan harga komoditi ini.

 

Terdahulu, usaha para ahli dan bukan ahli OPEC telah terjejas susulan dengan pembekalan minyak yang makin meningkat dari para ahli yang tidak terbabit terutamanya AS. Pembekalan dari rantau tersebut mencatat paras rekod tinggi sebanyak 10.43 juta tong sehari pada minggu lalu sambil mengambil alih Saudi Arabia sebagai pembekal kedua terbesar di seluruh dunia.

 

 


 

Pandangan Mingguan: April 2 – 6

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada laporan pekerjaan AS pada hari Jumaat untuk mendapatkan indikasi mengenai dasar kewangan AS pada masa depan selepas Fed meningkatkan kadar buat kali pertama di dalam tahun ini dan mengulangi bahawa kenaikan kadar dijangka untuk meningkat sebanyak tiga kali sahaja. Selain itu, kadar inflasi dari zon Eropah juga akan di fokus oleh kerana peningkatan pada data ini boleh mendorong kepada spekulasi ke atas Bank Pusat Eropah untuk mengurangkan kelonggaran dasar di dalam tahun ini.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: April 2 – 6

Isnin, April 2  

Data

JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q1)

JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q1)

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Mar)

USD – Manufacturing PMI (Mar)

USD – ISM Manufacturing PMI (Mar)

USD – ISM Manufacturing Employment (Mar)

 

Acara

N/A

 

Selasa, April 3  

Data

AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr)

EUR – German Retail Sales (MoM) (Feb)

EUR – German Manufacturing PMI (Mar)

EUR – Manufacturing PMI (Mar)

GBP – Manufacturing PMI (Mar)

 

Acara

USD – FOMC Member Kashkari Speaks

AUD – RBA Rate Statement

 

Rabu, April 4  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – Retail Sales (MoM) (Feb)

CNY – Caixin Services PMI (Mar)

GBP – Construction PMI (Mar)

EUR – CPI (YoY) (Mar)

EUR – Unemployment Rate (Feb)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Mar)

USD – Services PMI (Mar)

USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Mar)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

USD – FOMC Member Brainard Speaks

USD – FOMC Member Bullard Speaks

USD – FOMC Member Mester Speaks

 

Khamis, April 5  

Data

AUD – Trade Balance (Feb)

CHF – CPI (MoM) (Mar)

EUR – German Services PMI (Mar)

EUR – Markit Composite PMI (Mar)

EUR – Services PMI (Mar)

GBP – Services PMI (Mar)

EUR – Retail Sales (MoM) (Feb)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Trade Balance (Feb)

CAD – Trade Balance (Feb)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, April 5

 

 

Data

JPY – Household Spending (YoY) (Feb)

EUR – German Industrial Production (MoM) (Feb)

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Mar)

USD – Nonfarm Payrolls (Mar)

USD – Unemployment Rate (Mar)

CAD – Employment Change (Mar)

CAD – Unemployment Rate (Mar)

CAD – Ivey PMI (Mar)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

USD – FOMC Member Bostic Speaks

GBP – BoE Gov Carney Speaks

USD – Fed Chair Powell Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: April 2 – 6

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA( hijau), berdekatan dengan tahap rintangan kukuh iaitu 90.00. Keseluruhan trend yang masih berpihak kepada bias bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 90.00, 90.60

Tahap sokongan: 89.40, 88.40


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan dari garisan 20-MA (merah). Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan pembentukan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sekiranya ia melantun secara bullish dari garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.4210, 1.4390

Tahap sokongan: 1.3970, 1.3800

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun susulan dengan pengunduran dari paras atasnya. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek selepas ia memecahkan tahap sokongan di 105.95.

 

Tahap rintangan: 108.40, 109.70

Tahap sokongan: 105.95, 105.45

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam lingkungan diantara 1.2270 dan 1.2500 sementara ia telah berundur dari paras atas baru-baru ini. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan pembentukan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pemulihannya sekiranya ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2270, 1.2170

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek ke arah tahap sokongan di 1312.00.

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1353.70

Tahap sokongan: 1312.00, 1295.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 63.75. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang emas memberikan cadangkan bahawa harga komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menguji semula di tahap rintangan yang kukuh iaitu 66.65.

 

Tahap rintangan: 66.65, 69.10

Tahap sokongan: 63.75, 60.80