02 Jun 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie melonjak dengan isyarat hawkish.
Dolar Australia telah meningkat susulan dengan penyataan hawkish dari Reserve Bank of Australia semalam. Menurut pernyataan oleh Philip Lowe, Bank Pusat Australia telah mengekalkan pengaturan dasar mata wangnya, yang menetapkan kadar faedahnya pada 0.10%. Selain itu, beliau juga berspekulasi bahawa ekonomi global pada masa depan akan terus memulih dengan ketara dari pandemi Covid-19 dan prospek ekonomi adalah pertumbuhan yang kuat untuk tahun 2021 dan 2022. Perdagangan global barang meningkat dengan kuat dan harga komoditi kebanyakannya lebih tinggi daripada pada awal tahun ini, menguntungkan pertumbuhan eksport untuk Australia. Di samping itu, Philip Lowe juga mengulangi bahawa pemulihan ekonomi di Australia adlaah lebih baik daripada jangkaan sebelumnya dan diramalkan akan berlanjutan. Prospek positif tersebut adalah disokong oleh langkah fiskal dan keadaan kewangan yang akomodatif terdahulu. Walaupun begitu, ketidakpastian mengenai wabak Covid-19 tetap menjadi kebimbangan utama bagi semua jawatankuasa dasar monetari dan para pelabur. Semasa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.12% ke 0.7763.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.26% ke $68.15 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak melanjutkan keuntungannya di tengah prospek positif program vaksinasi Covid-19 terus melebihi kesan peningkatan pengeluaran dari OPEC+. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.02% ke $1900.90 se troy auns semasa penulisan susulan dengan data ekonomi yang suram dari rantau A.S. dan U.K. telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 89.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 90.25
Tahap rintangan: 90.25, 90.75
Tahap sokongan: 89.55, 89.10

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.4210. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.4100.
Tahap rintangan: 1.4210, 1.4280
Tahap sokongan: 1.4100, 1.3990

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2175.
Tahap rintangan: 1.2250, 1.2335
Tahap sokongan: 1.2175, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 109.70. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan psangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.05
Tahap sokongan: 109.25, 108.70

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.7805.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7885
Tahap sokongan: 0.7685, 0.7590

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isayrat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7445
Tahap sokongan: 0.7150, 0.7065

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2030 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantuannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2140.
Tahap rintangan: 1.2140, 1.2265
Tahap sokongan: 1.2030, 1.1925

USDCHF, H4: USDCHFkekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.8940. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9020.
Tahap rintangan: 0.9020, 0.9095
Tahap sokongan: 0.8940, 0.8875

CrudeOIL, H4: Harga minyak menteh telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 66.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal kembali ke arah tahap 66.45.
Tahap rintangan: 69.40, 72.35
Tahap sokongan: 66.45, 64.25

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1911.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1886.35.
Tahap rintangan: 1911.05, 1928.15
Tahap sokongan: 1886.35, 1853.85