2 Jun 2023 Analisis Sesi Petang
EURUSD melonjak walaupun inflasi zon euro menurun.
Pasangan mata wang Euro berbanding indeks dolar melonjak walaupun inflasi zon euro menunjukkan beberapa tanda tekanan harga telah berkurangan. Indeks Harga Pengguna Zon Euro (CPI), data yang diumumkan oleh Eurostat semalam, susut daripada 7.0% ke 6.1%, susut lebih daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.3%. Manakala indeks harga barangan Teras yang mengukur tidak termasuk makanan, tenaga, alkohol dan tembakau turun ke 5.3% daripada 5.6%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.5%. Data CPI dan teras CPI mendorong bank pusat untuk menjeda tindakan mengetatkan untuk keputusan dasar monetari yang akan datang, tetapi gabenor bank pusat Christine Lagarde mengikuti dengan kenyataannya yang hawkish. Dalam ucapannya, Lagarde menyebut bahawa inflasi di zon euro adalah terlalu tinggi dan akan bertahan terlalu lama, jadi Bank Pusat Eropah memutuskan untuk mengetatkan lagi dasar monetari sehingga inflasi kembali ke julat sasaran tahunan Bank Pusat Eropah sebanyak 2%. Sebaliknya, dolar AS didagangkan di bawah tekanan jualan selepas ahli Fed, Patrick Harker mengesyorkan kadar dijeda pada mesyuarat seterusnya. Dengan latar belakang sedemikian, dolar menjadi lemah dan menyokong Euro. Sehingga penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.06% ke 1.0768.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah didagangkan naik 0.66% ke $70.56 setong berikutan sentimen kenaikan harga berikutan Kongres meluluskan bil siling hutang AS. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.26% ke $1982.61 setiap troy auns kerana pelabur memerhati data gaji bukan ladang.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (May) | 0.5% | 0.4% | – |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (May) | 253K | 180K | – |
20:30 | USD – Unemployment Rate (May) | 3.4% | 3.5% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 102.85.
Tahap rintangan: 103.75, 104.45
Tahap sokongan: 102.85, 102.10
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2445. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.2590, 1.2735
Tahap sokongan: 1.2445, 1.2300
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.0790, 1.0930
Tahap sokongan: 1.0635, 1.0505
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 139.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 138.15.
Tahap rintangan: 139.80, 141.60
Tahap sokongan: 138.15, 136.30
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6600. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6775
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6525
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6120.
Tahap rintangan: 0.6120, 0.6195
Tahap sokongan: 0.6050, 0.5980
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3515. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.3515, 1.3590
Tahap sokongan: 1.3420, 1.3330
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9090. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.9090, 0.9180
Tahap sokongan: 0.9005, 0.8925
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 70.65.
Tahap rintangan: 70.65, 73.20
Tahap sokongan: 67.00, 63.85
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1985.50.
Tahap rintangan: 1985.50, 2009.10
Tahap sokongan: 1954.90, 1928.15