2 Julai 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 2 – 6
Kajian Pasaran (Forex): Jun 25 – 29
Dolar A.S.
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah pada hari Jumaat yang lepas susulan dengan lantunan mata wang Euro dan Pound Sterling. Namun, kerugian yang dialami adalah masih terhad selepas laporan ekonomi dari AS memaparkan keputusan yang optimistik kepada para pelabur. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.96% dan menutup minggu lalu di paras 94.47 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Euro dan pound sterling menerima permintaan yang tinggi selepas ahli EU mencapai konsensus dalam isu pendatang asing sementara data yang optimistik dari UK telah meningkatkan prospek pasaran untuk mempunyai kenaikan kadar faedah di dalam tahun ini dari Bank Pusat England.
Namun, dolar AS masih mampu untuk mengehadkan kerugian yang dialami selepas laporan ekonomi memaparkan bahawa kadar inflasi AS telah mencapai sasaran Bank Pusat AS (Fed) pada bulan lepas dan ia membuka laluan untuk meneruskan pelan kenaikan kadar faedah pada jangka panjang. Menurut kepada data yang digunakan oleh Fed, Core PCE Price Indeks yang tidak termasuk makanan dan tenaga telah meningkat sebanyak 2% pada bulan Mei, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 1.9%. Walaupun perbelanjaan pengguna telah bertumbuhan dengan kadar yang lebih rendah sebanyak 0.2% berbanding ramalan iaitu 0.4%, pertumbuhan gaji masih meningkat dengan stabil di paras 0.4% untuk bulan Mei.
USD/JPY
Dolar AS meningkat sebanyak 0.25% ke 110.77 berbanding dengan Yen Jepun semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD melanjutkan keuntungannya sebanyak 1.00% ke paras $1.1684.
GBP/USD
Pound sterling menokok sebanyak 1.02% dan menutup minggu lepas di paras $1.3211 berbanding dengan dolar AS.
Kajian Pasaran (Komoditi): Jun 25 – 29
GOLD
Harga emas telah memangkas kerugian seawalnya selepas dolar AS menjunam berikutan dengan lantunan mata wang lain seperti Euro dan Pound Sterling. Harga komoditi selamat tersebut meningkat sebanyak 0.36% atau $4.55 ke paras $1,252.81 se troy auns semasa lewat sesi dagangan Amerika Utara.
Namun, sebarang pemulihan yang dialami oleh komoditi ini adalah terhad berikutan dengan prospek yang lebih tinggi terhadap kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat AS. Di dalam situasi di mana kadar faedah adalah tinggi, penampilan aset emas akan menyusut oleh kerana ia gagal untuk bertanding dengan aset lain yang berpulangan tinggi seperti bon persekutuan AS.
Crude Oil
Harga minyak mentah meningkat lebih daripada 1% pada hari Jumaat lepas selepas laporan memaparkan penyusutan pada aktiviti pembekalan minyak di AS sementara para pelabur memberikan prospek yang tinggi terhadap stok minyak global yang berkemungkinan untuk mengalami kekurangan. Harga komoditi hitam ini mencatat peningkatan sebanyak 1.38% atau $1.01 dan menutup harganya di paras $74.39, tidak jauh dari tahap psikologi iaitu $75.00 setong.
Menurut kepada pembekal servis AS, Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif telah menurun sebanyak 4 ke paras 858 pada minggu lepas. Data tersebut telah mencatat penurunan bagi minggu kedua berturut-turut dan ia berkemungkinan untuk memperlahankan pembekalan minyak AS yang masih di dalam aliran menaik.
Selain itu, harga komoditi ini juga menerima sokongan menaik yang selanjutnya selepas pembekalan minyak global berkemungkinan untuk mengetat akibat daripada beberapa negara yang mungkin menyokong tindakan AS dalam mengenakan sekatan ke atas Iran. Iran merupakan pengeksport minyak ketiga terbesar di dalam OPEC yang mempunyai kapasiti pembekalan sebanyak 2 juta tong sehari.
Pandangan Mingguan: Julai 2 – 6
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada beberapa data utama seperti laporan ISM dan ADP menjelang pembebasan Nonfarm Payrolls yang dijadualkan pada hari Jumaat ini.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 2 – 6
| Isnin, Julai 2 |
Data JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q2) JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q2) CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jun) EUR – German Manufacturing PMI (Jun) GBP – Manufacturing PMI (Jun) EUR – Manufacturing PMI (Jun) USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) USD – ISM Manufacturing Employment (Jun)
Acara N/A
|
| Selasa, Julai 3 |
Data AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) GBP – Construction PMI (Jun) EUR – Retail Sales (MoM) (May) USD – Factory Orders (MoM) (May)
Acara AUD – RBA Rate Statement
|
| Rabu, Julai 4 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – Retail Sales (MoM) (May) CNY – Caixin Services PMI (Jun) EUR – German Services PMI (Jun) GBP – Services PMI (Jun)
Acara N/A
|
| Khamis, Julai 5 |
Data EUR – German Factory Orders (MoM) (May) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) USD – Initial Jobless Claims USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) USD – ISM Non-Manufacturing Employment CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara N/A
|
|
Jumaat, Julai 6
|
Data USD – FOMC Meeting Minutes JPY – Household Spending (MoM) (May) EUR – German Industrial Production (MoM) (May) GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Jun) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jun) USD – Nonfarm Payrolls (Jun) USD – Unemployment Rate (Jun) CAD – Employment Change (Jun) CAD – Unemployment Rate (Jun) CAD – Ivey PMI (Jun) CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 2 – 6
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga meningkat. Walaupun MACD histogram memaparkan isyarat menurun, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku dari paras bawah bagi mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 95.00, 95.90
Tahap sokongan: 94.10, 93.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3045. Pergerakan harga tersebut mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pembetulan teknikal pada jangka pendek dan menuju ke arah garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3045
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari garisan trend menaik. Namun, petunjuk Stochastic Oscillator yang mula untuk membentuk isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 111.00, 112.10
Tahap sokongan: 110.50, 109.35
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah segi tiga menurun. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya bagi jangka pendek dan menuju ke paras atas segi tiga berhampiran 1.1700.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850
Tahap sokongan: 1.1560, 1.1445
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini menguji di tahap rintangan 1257.00. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan aliran bearish utama.
Tahap rintangan: 1257.00, 1266.25
Tahap sokongan: 1239.20, 1225.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap psikologi 74.00. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih tertakluk kepada garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 74.00, 77.55
Tahap sokongan: 70.45, 68.40