2 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar kukuh, Aussie meningkat selepas pemotongan kadar.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.02% ke 96.40 semasa penulisan. Namun, momentum bagi dolar masih stabil selepas para pelabur memberi sentimen positif ke atas perkembangan perundingan perdagangan AS-China yang positif. Walaupun dengan data pembuatan yang lemah pada malam semalam, keyakinan para pelabur kekal optimis terhadap dolar dan kemungkinannya pencapaian perjanjian di antara dua ekonomi terbesar. Walau bagaimanapun, dolar masih ditekan oleh jangkaan pemotongan kadar oleh Fed semasa mesyuarat dasar mereka pada bulan Julai di mana Fed Rate Monitor Tool masih menunjukkan kemungkinan pemotongan kadar sebanyak 100%. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada pembebasan data ekonomi selanjutnya untuk memantau momentum bagi pasaran dolar. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.22% ke 0.6975 semasa penulisan walaupun dengan pemotongan kadar oleh Bank Pusat Australia (RBA). Menurut kepada RBA, kadar faedah telah direndahkan ke 1.00%, paras yang terendah dalam catatan sejarah. Namun, sentimen tersebut adalah bercampuran selepas Gabenor RBA Phillip Lowe menyatakan bahawa pemotongan kadar tersebut adalah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi Australia. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada data ekonomi yang selanjutnya untuk memantau penggerakan pasaran.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.34% ke $59.23 setong semasa penulisan berikutan dengan penerusan pelan pemotongan bekalan oleh OPEC. Menurut kepada laporan pada hari Isnin, OPEC telah melanjutkan pemotongan bekalan sehingga bulan Mac 2020 semasa ahli kumpulannya mencapai kata sepakat bagi meningkatkan harga minyak mentah berikutan dengan kemelesetan ekonomi global dan peningkatan pembekalan minyak di AS. Di samping itu, harga emas telah melantun sebanyak 0.39% ke $1,390.00 se troy auns berikutan dengan ketidakpastian global yang mendorong kepada penghindaran risiko pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:05 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Jun) | 48.6 | 49.3 | – |
| 04:30
(3hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -7.550M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 96.35. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 95.50.
Tahap rintangan: 96.35, 97.00
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2655. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2655, 1.2755
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1305. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1240.
Tahap rintangan: 1.1305, 1.1360
Tahap sokongan: 1.1240, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.20. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur ke arah tahap sokongan 108.20 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.
Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.20, 107.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA-20 (hijau) tersebut.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7055
Tahap sokongan: 0.6970, 0.6930

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6675. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6580

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau). MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 (hijau) dan tahap sokongan 1.3110.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3240
Tahap sokongan: 1.3110, 1.3055

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji semula tahap sokongan di 0.9860. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap sokongan di 60.20. MACD yang memaparkan isyarat negatif divergence mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 57.95.
Tahap rintangan: 60.20, 61.80
Tahap sokongan: 57.95, 55.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1386.35. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1406.50.
Tahap rintangan: 1406.50, 1421.40
Tahap sokongan: 1386.35, 1370.00