2 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam berikutan dengan tweet Trump.
Indeks dolar telah menjunam berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan tweet daripada Presiden AS Donald Trump mengenai perang perdagangan yang telah memburukkan sentimen pasaran. Menurut kepada laporan, beliau telah menyatakan dalam Twitter pada hari Khamis bahawa AS akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas $300 bilion barangan China mulai 1hb September. Berita tersebut telah mencetuskan ketegangan diantara AS dan China serta mengurangkan kemungkinannya untuk mencapai kata sepakat walaupun kedua-dua ekonomi terbesar di dunia yang baru saja bertemu untuk meneruskan perundingan perdagangan pada minggu ini. Selain itu, perkembangan sektor pembuatan AS bagi bulan Julai adalah paling perlahan dalam tempoh tiga tahun. Menurut kepada Institute for Supply Management, data ISM Manufacturing PMI telah menyusut ke 51.2, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 52.0 serta menambah buruk sentimen terhadap dolar. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data pekerjaan pada hari ini untuk memantau selanjutnya penggerakan dolar. Dalam berita lain, mata wang pound sterling telah melanjutkan kerugiannya selepas acara Bank Pusat UK (BoE). BoE pada malam semalam telah mengekalkan kadar faedah mereka pada paras 0.75% serta mengurangkan prospek pertumbuhan ekonominya yang kini telah tersasar daripada jangkaan BoE. Di samping itu, kebimbangan Brexit tanpa perjanjian telah memberi tekanan selanjutnya terhadap pound serta mengehadkan lantunannya walaupun dengan kelemahan dolar. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.09% ke 98.04 sementara pasangan GBP/USD menyusut sebanyak 0.07% ke 1.2117 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.20% ke $54.11 setong semasa penulisan walaupun dengan pengurangan bekalan di dalam pasaran. Menurut kepada laporan daripada Bloomberg, pembekalan minyak di Libya telah menurun ke paras terendah lima bulan sebanyak 950,000 tong sehari. Penurunan tersebut adalah disebabkan oleh penutupan injap yang menjejaskan pembekalan minyak daripada medan minyak Sharara. Namun, data positif tersebut telah gagal untuk menyokong peningkatan harga minyak akibat dengan ketegangan perang perdagangan yang bakal menjejaskan permintaan terhadap minyak. Oleh demikian, para pelabur telah mengambil kesempatan untuk menjual komoditi tersebut. Selain itu, harga emas telah melonjak sebanyak 0.20% ke $1441.95 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar akibat dengan ketegangan perang perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – Construction PMI (Jul) | 43.1 | 46.0 | – |
| 20.30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20.30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jul) | 224K | 164K | – |
| 20.30 | USD – Unemployment Rate (Jul) | 3.7% | 3.7% | – |
| 22.00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) | 90.1 | 90.3 | – |
| 01:00 (3hb | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 776 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan MA-20 tersebut.
Tahap rintangan: 98.20, 98.60
Tahap sokongan: 97.55, 97.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2125. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2045.
Tahap rintangan: 1.2125, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2045, 1.2000

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA-20 tersebut.
Tahap rintangan: 1.1120, 1.1185
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1020

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 107.25. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 106.80.
Tahap rintangan: 107.25, 107.60
Tahap sokongan: 106.80, 106.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6790. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6860
Tahap sokongan: 0.6790, 0.6760

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6540. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 0.6580.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3240. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3160.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3305
Tahap sokongan: 1.3160, 1.3090

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9905. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9860.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9805

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 54.60. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 56.30, 57.95
Tahap sokongan: 54.60, 52.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1435.90. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1453.75, 1477.00
Tahap sokongan: 1435.90, 1421.40