02 September 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar melantun susulan data yang positif.
Semasa awal sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat dari rendah sesi berikutan dengan data yang lebih baik daripada yang dijangkakan telah mengehadkan potensi penurunan. Menurut kepada Institut Pengurusan Bekalan (ISM), data ISM Manufacturing Index yang mencerminkan keadaan perniagaan di sektor pembuatan A.S. telah meningkat kepada 56.0, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 54.5. Selain itu, data ISM Manufacturing Employment Index juga meningkat kepada 46.4 untuk bulan Ogos, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 45.8. Secara keseluruhan, data-data tersebut telah membuktikan bahawa pemulihan dalam sektor pembuatan AS kekal berada dalam landasan yang betul, justerunya ia membantu dalam meningkatkan nilai dolar AS. Namun, oleh kerana Gabenor Fed Lael Brainard menyatakan bahawa Fed harus menggunakan pendekatan dasar yang lebih agresif, potensi kenaikan dolar AS mungkin dihadkan kerana para pelabur kekal berwaspada sementara menunggu untuk pengesahan lebih lanjut. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.18% kepada 92.70.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.15% kepada $ 43.00 setong semasa penulisan susulan dengan penurunan dalam inventori minyak mentah. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut sebanyak 6.36 juta tong minggu lalu. Penurunan tersebut adalah disebabkan oleh Taufan Laura yang menyebabkan para pengeluar A.S. menghentikan operasi mereka minggu lalu. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.08% kepada $ 1969,91 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan data positif yang mengurangkan daya tarikan komoditi yang selamat ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09.30 | AUD – GDP (QoQ) (Q2) | -0.3% | -6.0% | – |
| 20.15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Aug) | 167K | 950K | – |
| 22.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -4.689M | -1.887M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji kembali tahap sokongan 92.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 94.00.
Tahap rintangan: 94.00, 95.70
Tahap sokongan: 92.05, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3420. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3265.
Tahap rintangan: 1.3420, 1.3570
Tahap sokongan: 1.3265, 1.3165

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1950. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1875.
Tahap rintangan: 1.1950, 1.2085
Tahap sokongan: 1.1875, 1.1775

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 106.25.
Tahap rintangan: 106.25, 106.95
Tahap sokongan: 105.20, 104.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7385. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7275.
Tahap rintangan: 0.7385, 0.7460
Tahap sokongan: 0.7275, 0.7190

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6720. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.6885.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6685, 0.6590

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2995. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3115.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2960

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9110. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9110, 0.9225
Tahap sokongan: 0.8985, 0.8880

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 42.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 43.95, 46.20
Tahap sokongan: 42.60, 41.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1961.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum beraish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 2016.10, 2075.40
Tahap sokongan: 1961.35, 1908.55