83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 September 2020                           Analisis Sesi Petang

Paun menjunam disebabkan oleh kebuntuan rundingan Pasca-Brexit. 

Paun sterling yang didagang secara meluas oleh para pelabur di pasar Fx berundur dari tahap tertinggi dalam tempoh 9 bulan di tengah kemungkinan Brexit keras meningkat. Sejak setelah UK memilih untuk meninggalkan blok EU, UK telah memasuki ke tempoh peralihan di mana ia membenarkan kedua-dua pihak ini menggubal perjanjian sebelum akhir 31 Disember sementara membenarkan UK untuk tetap berada dalam kesatuan EU dan pasaran tunggal. Namun, UK dan EU masih belum dapat mencapai kesepakatan setakat ini, dan tidak menunjukkan toleransi dalam perbincangan Pasca-Brexit baru-baru ini. Selain itu, jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson juga mendedahkan bahawa blok EU masih menegaskan UK mesti menerima syarat bantuan negara dan dasar perikanan. Namun, pihak Inggeris tidak bersetuju dengan syarat Post-Brexit ini kerana mereka akan mempunyai rejim kawalan subsidi sendiri dan tidak akan memberikan bantuan kepada negara EU. Oleh itu, UK dan EU memutuskan untuk mengadakan perbincangan kecemasan kerana prospek mencapai kesepakatan semakin pudar ketika semakin hampir ke tarikh akhir. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD turun 0.02% ke 1.3375.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.87% ke $43.15 setong di tengah-tengah data pembuatan AS yang lebih tinggi daripada jangkaan telah meningkatkan harapan pasaran terhadap pemulihan ekonomi AS daripada kejatuhan Covid-19. Di samping itu, harga emas turun 0.35% ke $1963.65 per troy auns kerana data ekonomi yang positif merosot daya tarikan pasaran emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Aug) 167K 950K
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -4.689M -1.887M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 92.50, 93.25

Tahap sokongan: 91.75, 91.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1.3260. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3700

Tahap sokongan: 1.3260, 1.3035

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1890. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1940, 1.1995

Tahap sokongan: 1.1890, 1.1835

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 105.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 106.40.

 

Tahap rintangan: 106.40, 106.95

Tahap sokongan: 105.40, 104.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7340. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7410, 0.7505

Tahap sokongan: 0.7340, 0.7265

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepa sia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6755. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6910.

 

Tahap rintangan: 0.6910, 0.7105

Tahap sokongan: 0.6755, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3010. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3255.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2840

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9115. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9115, 0.9180

Tahap sokongan: 0.9050, 0.9000

 

CrudeOIL, Daily: Harga minya mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji id tahap 43.05. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan bahawa untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.

 

Tahap rintangan: 43.05, 48.25

Tahap sokongan: 36.05, 29.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1956.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 2005.65, 2047.15

Tahap sokongan: 1956.60, 1911.40