02 November 2020 Analisis Sesi Pagi
Euro melanjutkan kerugiannya walaupun dengan pertumbuhan yang kukuh di Jerman.
Semasa awal sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain terus melanjutkan kejatuhannya dan menuju ke tahap terendah dua bulan walaupun dengan pertumbuhan ekonomi suku tahunan yang kukuh di Jerman. Menurut kepada data, GDP Jerman telah meningkat kepada 8.2% pada suku ketiga, melebihi jangkaan pasaran dengan kenaikan sebanyak 7.3%. Namun, oleh kerana koronavirus gelombang kedua telah memaksa negara EU untuk mengenakan sekatan, pertumbuhan ekonomi dijangka akan menurun pada suku keempat sebanyak 1%. Dari segi koronavirus, Jerman telah menyaksikan peningkatan baru sebanyak 19,409 hanya dalam 24 jam pada hari Jumaat dan juga melepasi jumlah 500,000. Negara-negara lain dari EU seperti Perancis, Sepanyol dan Itali juga terus menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam kes baru. Dengan koronavirus terus mengancam pemulihan ekonomi, keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi tetap lemah, justerunya ia terus membebani pasangan mata wang Euro. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh 0.06% kepada 1.1642.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 4.87% kepada $34.00 setong semasa penulisan susulan dengan prospek permintaan yang semakin lemah. Oleh disebabkan kes-kes koronavirus terus melonjak, beberapa negara seperti Jerman dan Perancis telah mengenakan sekatan dan menyebabkan kebimbangan terhadap sekatan yang lebih lanjut di Eropah dan di tempat lain, justerunya ia terus memberikan tekanan kepada prospek permintaan. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.07% kepada $ 1877.67 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.55 | EUR – German Manufacturing PMI (Oct) | 58.0 | 58.0 | – |
| 17.30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 53.3 | 53.3 | – |
| 23.00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) | 55.4 | 55.8 | – |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 93.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.65, 95.75
Tahap sokongan: 93.85, 93.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2875. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3065.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3245
Tahap sokongan: 1.2875, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1615. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1765.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari garisan MA. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 104.25.
Tahap rintangan: 105.10, 105.80
Tahap sokongan: 104.25, 103.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7200
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6925

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6575. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6575, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3455. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3455.
Tahap rintangan: 1.3455, 1.3635
Tahap sokongan: 1.3335, 1.3240

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9185. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.9085.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9085, 0.9000

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 34.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 31.05.
Tahap rintangan: 34.70, 36.55
Tahap sokongan: 31.05, 26.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1879.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1879.05, 1919.00
Tahap sokongan: 1847.70, 1790.05