83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 November 2022                              Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak susulan beberapa data ekonomi yang optimis dibebaskan.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya melanjutkan keuntungannya untuk sesi dagangan ketiga berturut-turut kerana data ekonomi semalam menunjukkan kesihatan ekonomi di AS kekal berdaya tahan. Menurut Institut Pengurusan Bekalan (ISM), data PMI Pembuatan AS menurun daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak 50.9 kepada 50.2 pada bulan Oktober, memecah rekod kadar pertumbuhan paling perlahan dalam hampir dua setengah tahun. Penurunan itu boleh dikaitkan dengan keberkesanan pelan kenaikan kadar agresif Fed, yang kelihatan berjaya menurunkan permintaan untuk barangan sambil meredakan inflasi. Walau bagaimanapun, ia perlu diberi perhatian bahawa bacaan melebihi 50 masih menandakan pengembangan dalam sektor pembuatan. Sebaliknya, satu lagi data ekonomi sebelum mesyuarat Rizab Persekutuan pada 3 Nov menunjukkan bahawa pasaran buruh di AS kekal teguh. Menurut Biro Statistik Buruh, data Pembukaan Pekerjaan JOLT AS mencapai 10.717M, lebih kukuh daripada kedua-dua bacaan bulan sebelumnya serta ramalan konsensus masing-masing pada 10.280M dan 10.000M. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.02% ke 111.55.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.16% ke $88.65 setong apabila Stok Minyak Mentah Mingguan API AS menunjukkan penurunan yang besar sepanjang minggu. Menurut API, inventori minyak mentah AS menurun sebanyak -6.530M, melepasi ramalan konsensus pada 0.267M. Selain itu, harga emas jatuh sebanyak -0.05% ke $1647.00 setiap troy auns berikutan pemulihan dalam pasaran dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 45.7 45.7
16:55 EUR – German Unemployment Change (Oct) 14K 15K
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) 208K 195K
22:30 USD – Crude Oil Inventories 2.588M 0.367M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 111.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 113.30.

 

Tahap rintangan: 113.30, 115.00

Tahap sokongan: 111.25, 109.00

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1620. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1440.

 

 

Tahap rintangan: 1.1620, 1.1835

Tahap sokongan: 1.1440, 1.1185

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9910, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9830, 0.9685

 

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 147.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 149.35.

 

Tahap rintangan: 149.35, 152.00

Tahap sokongan: 147.30, 144.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6400. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6530, 0.6640

Tahap sokongan: 0.6400, 0.6285

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.5845. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.5845, 0.5905

Tahap sokongan: 0.5775, 0.5710

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3715.

 

Tahap rintangan: 1.3715, 1.3875

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3505

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9930. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0055.

 

 

Tahap rintangan: 1.0055, 1.0160

Tahap sokongan: 0.9930, 0.9840

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 89.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 89.45, 93.20

Tahap sokongan: 86.15, 80.60

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1627.60. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1661.40, 1693.35

Tahap sokongan: 1627.60, 1600.00