83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 December 2021                              Analisis Sesi Petang

 

Aussie jatuh susulan data perdagangan yang bercampuran dan virus.

Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal lemah dan jatuh di tengah-tengah data perdagangan yang bercampurun dari Australia. Dari segi data, data Trade Balance Australia telah meningkat dan melebihi ramalan pasaran sebanyak 11000m kepada 11220M untuk bulan Oktober. Walau bagaimanapun, butiran menunjukkan bahawa data Import menyusut lebih daripada bacaan sebelumnya sebanyak -2.0% kepada -3.0% manakala data Eksport bertambah baik kepada -3.0% daripada -6.0% sebelumnya. Selain itu, data Home Loans juga turun di bawah jangkaan pasaran sebanyak -1.0% kepada -4.1% di mana data Investment Lending for Home Loans juga susut kepada 1.1% daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.4%. Sebaliknya, kebimbangan terhadap virus Omicron dan kemungkinan untuk sekatan turut mempengaruhi dolar Aussie. Australia kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas pihak berkuasa baru-baru ini menemui pengembara antarabangsa yang kemungkinan besar dijangkiti varian Omicron telah menghabiskan masa dalam komuniti. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.11% kepada $0.7113.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula sebanyak 0.51% kepada $66.57 setong semasa penulisan susulan dengan jangkaan terhadap OPEC mungkin akan menghentikan penambahan bekalan akibat virus Omicron. OPEC dan sekutunya, bersama-sama dikenali sebagai OPEC+, berkemungkinan akan memutuskan pada hari Khamis sama ada ia akan mengeluarkan lebih banyak minyak ke pasaran. Sesetengah pelabur menjangkakan bahawa OPEC mungkin akan memutuskan untuk mengekalkan bekalan bagi mengurangkan kesan negatif terhadap permintaan daripada penyebaran Omicron. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.05% kepada $1779.80 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah pengunduran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Initial Jobless Claims 199K 250K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 96.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.05, 96.80

Tahap sokongan: 95.50, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3315. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3055

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 113.20. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 113.20, 114.60

Tahap sokongan: 112.00, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7260

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6815. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6980

Tahap sokongan: 0.6815, 0.6725

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2835. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2835, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2835, 1.2955

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9300

Tahap sokongan: 0.9145, 0.9085

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 65.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 68.25, 72.10

Tahap sokongan: 65.25, 61.70

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1781.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1807.85, 1831.50

Tahap sokongan: 1781.35, 1748.55