3 Januari 2023 Analisis Sesi Petang
Yen melonjak kerana dasar monetari boleh diubah.
USD/JPY, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global merosot selepas cuti Tahun Baru di banyak negara semalam berikutan jangkaan yang semakin meningkat untuk mengubah dasar monetari Bank of Japan (BoJ). Pada bulan Disember, BoJ mengejutkan pasaran dengan meningkatkan jalur lengkung hasil daripada 0.25% ke 0.50%, yang memberi petunjuk bahawa BoJ boleh memansuhkan dasar monetarinya yang melonggarkan. Selain itu, Gabenor BoJ semasa Haruhiko Kuroda akan meletakkan jawatannya pada bulan April, dan peserta pasaran menjangkakan bahawa BoJ akan merancang untuk melaksanakan dasar monetari penguncupan selepas gabenor baharu mengambil jawatan. Namun, Kuroda telah mendakwa bahawa beliau tidak segan silu untuk mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah sehingga akhir penggalnya. Sebaliknya, AUD/USD meningkat dengan ketara pada sesi dagangan awal berikutan data ekonomi China yang optimis. Menurut kepada Markit, China Caixin Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) bagi Disember berada pada bacaan sebanyak 49.0, melebihi ramalan konsensus sebanyak 48.8. Ekonomi Australia mendapat manfaat kerana China adalah rakan dagang utama untuknya. Semasa penulisan, USD/JPY menyusut sebanyak 0.75% ke 129.74 manakala AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.47% ke 0.6834.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.22% ke $80.08 setong setakat ini berikutan dengan amaran pertumbuhan ekonomi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa telah menjejaskan permintaan minyak. Di samping itu, harga emas melonjak sebanyak 1.21% ke $1841.62 se-troy auns setakat penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day NZD New Year’s Day
All Day JPY Market Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:55 | EUR – German Unemployment Change (Dec) | 17K | 15K | – |
17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Dec) | 46.5 | 44.7 | – |
21:00 | EUR – German CPI (YoY) (Dec) | 10.0% | 9.1% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 103.50, 104.90
Tahap sokongan: 102.05, 100.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2335
Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0890
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0465
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 132.60, 135.80
Tahap sokongan: 129.35, 126.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6955
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6590
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6150
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3685, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3320
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9550
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 81.50, 85.20
Tahap sokongan: 77.25, 73.90
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1855.40, 1877.80
Tahap sokongan: 1833.00, 1808.55