3 Februari 2021 Analisis Sesi Pagi
Aussie menjunam berikutan RBA melonggarkan dasar monetari.
Dolar Australia yang juga dikenali sebagai Aussie menjunam ketika berayun berada di paras rendah 1 bulan selepas Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk menambahkan lagi sokongan kewangan ke dalam ekonomi dengan cara meningkatkan pembelian bon sebanyak $ 100 bilion setelah tamatnya pembelian bon program pada pertengahan April 2021. Pada mesyuarat RBA, para anggota RBA bersetuju untuk mengekalkan kadar tunai pada 0.10% sambil mengulangi bahawa tekanan gaji dan harga di Australia tetap lemah dan ia disebabkan oleh kejatuhan Covid-19. Di samping itu, ahli-ahli RBA juga menekankan bahawa mereka tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga inflasi sebenar dapat pulih kembali ke julat sasaran 2% -3%. Namun, Gabenor RBA Philip Lowe juga menunjukkan keyakinannya terhadap prospek ekonomi masa depan dengan menyatakan bahawa pemulihan ekonomi negara telah bertambah baik dan lebih kuat daripada yang dijangkakan dalam beberapa bulan lepas ini kerana program pemberian vaksin telah bermula. Walaupun begitu, perkembangan ekonomi terus bergantung secara signifikan kepada virus, serta perkembangan program vaksinasi. Pada masa penulisan, pasangan AUD/USD melambung 0.11% ke 0.7615.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.02% ke $55.10 setong di tengah-tengah penurunan inventori minyak mentah AS yang berturut-turut dan pelan pemotongan pengeluaran minyak yang berterusan terus mempengaruhi harga produk komoditi hitam ini. Menurut API, stok minyak mentah AS menurun sebanyak 4.261 juta pada minggu lalu, sementara ahli ekonomi meramalkan inventori meningkat sebanyak 0.367 juta. Selain itu, harga emas menyusut 0.02% ke $1837.00 setroy auns di tengah peningkatan sentimen risiko pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 ECB ECB Monetary Policy Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Jan) | 40.6 | 40.6 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Jan) | 38.8 | 38.8 | – |
| 18:00 | EUR – PPI (MoM)(Dec) | 0.4% | 0.7% | – |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jan) | -123K | 49K | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jan) | 57.7 | 56.8 | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -9.910M | 0.446M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 91.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.60.
Tahap rintangan: 91.10, 91.60
Tahap sokongan: 90.60, 90.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3620. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3695.
Tahap rintangan: 1.3695, 1.3750
Tahap sokongan: 1.3620, 1.3535

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2020. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntunganya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2065.
Tahap rintangan: 1.2065, 1.2100
Tahap sokongan: 1.2020, 1.1985

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 105.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 104.70.
Tahap rintangan: 105.15, 105.50
Tahap sokongan: 104.70, 104.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7565. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7635.
Tahap rintangan: 0.7635, 0.7670
Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7240.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7090

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2790. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2695.
Tahap rintangan: 1.2790, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2615

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8955.
Tahap rintangan: 0.8985, 0.9020
Tahap sokongan: 0.8955, 0.8915

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 54.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 55.40.
Tahap rintangan: 55.40, 56.65
Tahap sokongan: 54.50, 53.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1842.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1825.40.
Tahap rintangan: 1842.90, 1861.75
Tahap sokongan: 1825.40, 1803.40