3 Mac 2020 Analisis Sesi Pagi
ECB bakal mengambil tindakan untuk mengelak kemelesetan.
Euro telah melanjutkan kenaikannya pada semalam berlatarbelakangkan isyarat yang positif dari zon Eropah. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.07% ke 1.1140. Menurut kepada Markit Economics, German Manufacturing PMI bagi bulan Februari telah meningkat ke 48.0, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 47.8. Namun, para ekonomis mengulas bahawa bacaan data tersebut berkemungkinan telah luput sementara gangguan ekonomi di China akibat daripada koronavirus berkemungkinan untuk dicerminkan di dalam bacaannya untuk jangka masa yang terdekat. Sementara itu, euro menerima sokongan bullish selepas Bank Pusat Eropah (ECB) memberi isyarat untuk mengambil tindakan bagi membendung impak negatif dari koronavirus. Menurut kepada ECB, mereka telah bersiap sedia untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi membendung risiko ekonomi. Timbalan Presiden ECB Luis de Guindos memberi komen bahawa mereka akan “berwaspada” dan “memantau segala data ekonomi yang selanjutnya” dari EU. Isyarat optimis dari bank pusat tersebut telah meningkatkan harapan bahawa tindakan akan diambil bagi membendung sebarang penyusutan momentum ekonomi selepas wabak koronavirus merebak secara pantas di EU dan negara lain.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.02% ke $47.39 setong. Harga minyak telah meningkat lebih daripada 5% pada semalam berikutan dengan harapan ke atas OPEC untuk memotong pembekalan dengan lebih lanjut. Selain itu, bank pusat di seluruh dunia yang sedang bersiap sedia untuk melonggarkan dasar kewangan bagi membendung kemelesetan ekonomi juga telah memberikan sokongan tambahan ke atas harga komoditi ini. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,589.64 se troy auns berikutan dengan pemulihan sentimen terhadap ekuiti di seluruh dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Mar) | 0.75% | 0.75% | – |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Feb) | 48.4 | 48.8 | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 1.4% | 1.2% | – |
| 05:30
(4hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.300M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 97.15. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.90, 98.30
Tahap sokongan: 97.45, 97.15

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 1.2745. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.3130
Tahap sokongan: 1.2745, 1.2570

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1155, 1.1200
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 108.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 108.40.
Tahap rintangan: 108.40, 109.25
Tahap sokongan: 107.55, 106.35

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.6450. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6700
Tahap sokongan: 0.6450, 0.6300

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6330, 0.6435
Tahap sokongan: 0.6200, 0.6100

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3390, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3305, 1.3265

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.9550. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9620, 0.9730
Tahap sokongan: 0.9550, 0.9470

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 49.00, 51.55
Tahap sokongan: 46.30, 43.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1600.00, 1635.00
Tahap sokongan: 1562.00, 1526.90