83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3hb April 2020                    Analisis Sesi Pagi

Dolar AS menyusut selepas data yang suram dibebaskan.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya semalam selepas data pekerjaan yang suram dari rantau Amerika Syarikat dibebaskan. Menurut kepada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 3.307M ke bacaan sebanyak 6.648M, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 3.500M. Data negatif tersebut telah menunjukkan bahawa wabak koronavirus telah memusnahkan perkembangan ekonomi di A.S dengan ketara selepas kerajaan A.S. melaksanakan langkah-langkah kuarantin untuk beberapa negeri. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memberi pemantauan terhadap perkembangan mengenai data Non-Farm Payrolls yang akan dibebaskan pada malam ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan tersebut. Namun, indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke aset selamat seperti Dolar AS. Pada masa kini, lebih daripada 1 juta orang telah didiagnosis dengan jangkitan koronavirus di seluruh dunia, sementara itu angka kematian yang akibat daripada virus tersebut telah meningkat 3,300 orang ke bacaan sebanyak 52,000 orang dan kira-kira 208,000 pesakit telah pulih. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.43% ke 100.15.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.29% ke $24.74 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas Presiden A.S Donald Trump menegaskan bahawa beliau telah mencapai perjanjian dengan Rusia dan Arab Saudi untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah dan menstabilkan harga minyak mentah, walaupun butirannya masih tidak jelas. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak -0.14% ke $1611.80 se troy auns. Namun, komoditi emas telah meningkat semalam selepas data pekerjaan yang suram dari A.S dibebaskan, yang selanjutnya meningkatkan permintaan ke atas aset selamat seperti komoditi emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Services PMI (Mar) 35.7 34.8
20:30 USD – Nonfarm PAyrolls (Mar) 273K -100K
20:30 USD – Unemployment Rate (Mar) 3.5% 3.9%
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) 57.3 44.0
01:00 (4hb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 624

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 99.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.75.

 

Tahap rintangan: 100.75, 101.65

Tahap sokongan: 99.85, 98.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2500. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2730

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2125

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0835. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangak pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0930, 1.1005

Tahap sokongan: 1.0835, 1.0650

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.30.

 

Tahap rintangan: 108.30,108.65

Tahap sokongan: 107.80, 107.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6045. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini unutk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6180, 0.6290

Tahap sokongan: 0.6045, 0.5955

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.5900. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6045, 0.6155

Tahap sokongan: 0.5900, 0.5785

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.4120. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4230.

 

Tahap rintangan: 1.4230, 1.4330

Tahap sokongan: 1.4120, 1.3985

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9750. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9750, 0.9830

Tahap sokongan: 0.9625, 0.9495

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 24.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 27.40, 29.70

Tahap sokongan: 24.45, 21.55

 


GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1606.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1643.00.

 

Tahap rintangan: 1643.00, 1673.20

Tahap sokongan: 1606.60, 1576.55