3 April 2023 Analisis Sesi Petang
Euro merosot berikutan pengurangan risiko inflasi.
EUR/USD, yang didagangkan oleh majoriti pelabur global merosot pada hari Jumaat lepas berikutan risiko inflasi di zon Euro telah berkurangan. Menurut kepada Eurostat, Consumer Price Index (CPI) YoY Eurozone menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 8.5% ke 6.9%, lebih rendah daripada ramalan konsensus sebanyak 7.1%. Faktor utama penurunan kadar inflasi adalah penurunan harga tenaga seperti minyak mentah, manakala mengurangkan tekanan ke atas kos sara hidup penduduk Eropah. Walaupun, CNBC melaporkan bahawa harga makanan di zon Euro kekal tinggi, serta kemungkinan kenaikan kadar faedah agresif oleh Bank Pusat Eropah (ECB) masih wujud. Sebaliknya, kerugian Euro adalah terhad di tengah-tengah kenyataan hawkish Presiden ECB. Presiden ECB Christine Lagarde mendakwa pada hari Jumaat bahawa terdapat sedikit ruang untuk menaikkan kadar faedahnya, kerana Core Inflation di zon Euro masih kekal pada paras yang tinggi. Dengan itu, ia mencerminkan keazaman ECB untuk mengekalkan inflasi sehingga 2%. Seorang lagi ahli ECB, Francois Villeroy de Galhau turut mengulangi pendirian ECB, kerana beliau menganggap bahawa proses untuk mengurangkan risiko inflasi masih jauh lagi. Semasa penulisan, EUR/USD menyusut sebanyak 0.31% ke 1.0793.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat dengan ketara sebanyak 5.56% ke $79.88 setong setakat penulisan berikutan ucapan positif terhadap ekonomi AS telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap permintaan minyak. Di samping itu, harga emas menurun sebanyak 0.94% ke $1951.06 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CNY China – Ching Ming Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Mar) | 44.4 | 44.4 | – |
16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Mar) | 48.0 | 48.0 | – |
22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Mar) | 47.7 | 47.5 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 103.20, 104.70
Tahap Sokongan: 102.05, 100.90
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap Rintangan: 1.2345, 1.2595
Tahap Sokongan: 1.2120, 1.1905
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0890, 1.1100
Tahap sokongan: 1.0740, 1.0600
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6605, 0.6435
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3330
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9400
Tahap sokongan: 0.9070, 0.8920
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 81.30, 86.00
Tahap sokongan: 76.80, 73.10
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1987.85, 2025.70
Tahap sokongan: 1948.50, 1897.85