3 May 2021 Analisis Sesi Petang
Euro menyusut susulan dengan data ekonomi negatif.
Pasangan EUR/USD telah didagang dengan lebih rendah selepas data ekonomi yang negatif dari rantau Jerman telah dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu. Menurut kepada Statistisches Bundesamt Deutsche, Jerman Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 0.5% ke bacaan sebanyak -1.7%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.5%. Bacaan yang buruk tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Eropah, sambil mencetuskan momentum bearish ke atas Euro. Walau bagaimanapun, program vaksinasi yang pantas di Itali dan negara lain di Kesatuan Eropah, telah mencetuskan harapan untuk resolusi Covid-19. Tambahan pula, pihak berkuasa Itali telah secara beransur-ansur membuka kembali ekonomi sektor. Menurut kepada data terkini, di Itali, kadar vaksinasi dari 25hb April ke minggu ini telah meningkat sebanyak 12%, manakala sebanyak 2.4 juta orang mendapat suntikan. Pegawai Eropah kini menjangkakan 70% populasi dewasa akan menerima vaksin tersebut menjelang Julai. Di Jerman, lebih daripada 1.1 juta orang diberi vaksin pada hari Rabu sahaja. Prospek positif dalam kemajuan vaksinasi telah mengehadkan kerugiannya ke atas Euro. Semasa penulisan, EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2025.
Bagi pasaran komoditi, pasaran minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.04% ke $63.50 se tong semasa penulisan susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara di negara India telah mengurangkan daya tarikan ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.225 ke $1777.40 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS selepas ahli Bank Pusat AS Kaplan telah memberikan penyataan yang hawkish untuk perkembangan ekonomi di AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Apr) | 66.4 | 66.4 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Apr) | 64.7 | 65.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 91.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 91.30, 92.00
Tahap sokongan: 90.80, 90.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3805. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3905, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3805, 1.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2055. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1995.
Tahap rintangan: 1.2055, 1.2130
Tahap sokongan: 1.1995, 1.1920

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.90.
Tahap rintangan: 109.90, 110.80
Tahap sokongan: 109.20, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7695. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7740.
Tahap rintangan: 0.7740, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7695, 0.7655

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7270. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7110.
Tahap rintangan: 0.7270, 0.7435
Tahap sokongan: 0.7110, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2275. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2390.
Tahap rintangan: 1.2390, 1.2470
Tahap sokongan: 1.2275, 1.2180

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.9060. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9225.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 63.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 64.80, 66.20
Tahap sokongan: 63.30, 61.75

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1794.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1755.80.
Tahap rintangan: 1794.40, 1839.25
Tahap sokongan: 1755.80, 1728.35