83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 June 2020                         Analisis Sesi Pagi

 

Pertikaian Brexit mengehadkan keuntungan mata wang paun.  

Di antara semua pasaran mata wang majoriti, paun sterling mempunyai corak dagangan bercampur-campur semalam kerana perbincangan Brexit antara EU dan UK masih mengalami pertikaian, tidak ada sebarang tanda toleransi daripada kedua-dua pihak. Sebenarnya, UK telah secara rasmi keluar daripada Kesatuan Eropah pada 31 Januari 2020 dan selepas itu memasuki ke tempoh peralihan di mana membenarkan UK berunding untuk perjanjian perdagangan baru dengan EU sebelum akhir tahun 2020. Walau bagaimanapun, berita baru-baru ini menunjukkan bahawa UK dan EU tidak ‘bertolak ansur’ semasa berunding mengenai perjanjian perdagangan, dan nampaknya pelanjutan tempoh peralihan diperlukan untuk UK sekarang. Namun, Perdana Menteri UK Boris Johnson mengulangi bahawa mereka akan menarik diri daripada Kesatuan Eropah sepenuhnya walaupun tidak ada persetujuan perdagangan yang dicapai. Sikap keras Boris Johnson meningkatkan lagi kekhuatiran para pelabur terhadap ekonomi UK kerana kegagalan mencapai kesepakatan akan menjejaskan perdagangan global, akhirnya akan mempengaruhi operasi ekonomi UK dengan sangat besar. Setakat ini, perundingan Brexit masih berlangsung dari semasa ke semasa sementara perhatian para pelabur masih diberikan kepada berita terbaru mengenai Brexit. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD didagang dengan lebih tinggi sebanyak 0.01% ke 1.2550.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.68% ke $37.10 setong kerana berita baru baru ini menunjukkan bahawa OPEC dan ahli sekutunya sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelan pemotongan pengeluaran minyak ke bulan Julai atau Ogos. Menurut Reuters, mesyuarat secara online berkemungkinan akan diadakan pada 4 Jun untuk membincangkan lebih lanjut mengenai pelanjutan pemotongan minyak. Selain itu, harga emas meningkat 0.14% ke $1730.00 setroy auns ketika ketegangan geopolitik telah menurunkan keyakinan pasaran terhadap aset yang lebih berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

22:00                     CAD                                        BoC Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Unemployment Change (May) 373K 200K
16:30 GBP – Composite PMI (May) 28.9 28.9
16:30 GBP – Services PMI (May) 27.8 28.0
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (May) -20,236K -9,000K
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May) 41.8 44.0
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 7.928M 3.300M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 97.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.25, 98.80

Tahap sokongan: 97.60, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2495. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2495.

 

Tahap rintangan: 1.2625, 1.2750

Tahap sokongan: 1.2495, 1.2435

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1155.

 

Tahap rintangan: 1.1195, 1.1250

Tahap sokongan: 1.1155, 1.1115

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 108.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.40.

 

Tahap rintangan: 109.40, 111.35

Tahap sokongan: 108.20, 107.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7005.

 

Tahap rintangan: 0.7005, 0.7205

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6655

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6325. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6385.

 

Tahap rintangan: 0.6385, 0.6430

Tahap sokongan: 0.6325, 0.6250

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3670. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah menuju ke arah tahap sokongan di 1.3380.

 

Tahap rintangan: 1.3670, 1.3855

Tahap sokongan: 1.3380, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9595. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9650.

 

Tahap rintangan: 0.9650, 0.9700

Tahap sokongan: 0.9595, 0.9575

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan berlaku pada tahap rintangan sebelumnya di 34.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 38.00.

 

Tahap rintangan: 38.00, 41.05

Tahap sokongan: 34.35, 31.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1727.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1727.45.

 

Tahap rintangan: 1739.90, 1750.90

Tahap sokongan: 1727.45, 1718.20