3 Jun 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia melonjak berikutan nada hawkish daripada RBA.
AUDUSD melonjak sejak semalam di tengah-tengah latar belakang keputusan kenaikan kadar daripada bank pusat Australia. Menurut kepada Reuters, bank pusat Australia akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas sederhana untuk pertemuan kedua berturut-turut pada bulan Jun untuk menurunkan inflasi yang melambung tinggi. Dengan ekonomi pulih daripada wabak dan inflasi pada paras tertinggi 20 tahun sebanyak 5.1%, jauh melebihi julat sasaran 2-3%, Reserve Bank of Australia (RBA) baru-baru ini mengubah nada mengenai keperluan untuk meningkatkan kadar faedah. Keputusan kenaikan kadar daripada RBA berkemungkinan akan meningkatkan keuntungan tanpa risiko para pelabur, yang meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar Australia. Selain itu, AUDUSD melanjutkan keuntungannya berikutan semakan tarif China daripada pegawai AS. Timbalan Wakil Perdagangan AS Sarah Bianchi telah menyampaikan ucapan pada hari Khamis bahawa pentadbiran Biden sedang mempertimbangkan “semua pilihan” untuk mengkaji kemungkinan perubahan pada duti AS ke atas import China, termasuk pelepasan tarif dan penyiasatan perdagangan baharu dalam peralihan tumpuan kepada strategik kebimbangan dengan Beijing. Pengurangan tarif berkemungkinan akan meningkatkan urus niaga antarabangsa China, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi Australia, kerana China merupakan salah satu rakan dagangan terbesar bagi Australia, yang meningkatkan keyakinan pasaran terhadap Dolar Australia. Semasa penulisan, AUDUSD menurun sebanyak 0.09% ke 0.7258.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.24% ke $116.59 setong semasa penulisan. Namun begitu, aliran keseluruhan harga minyak kekal menaik menjelang Inventori Minyak Mentah AS jatuh lebih daripada unjuran pasaran, sebanyak -5.068M lebih rendah daripada -1.350M. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1871.50 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day GBP United Kingdom – Bank Holiday
All Day CNY China – Dragon Boat Festival
All Day HKD Hong Kong – Dragon Boat Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (May) | 428K | 325K | – |
20:30 | USD – Unemployment Rate (May) | 3.6% | 3.5% | – |
22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May) | 57.1 | 56.4 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 101.75, 102.50
Tahap sokongan: 100.95, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2710
Tahap sokongan: 1.2535, 1.2430
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0770, 1.0850
Tahap sokongan: 1.0685, 1.0605
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 129.95, 130.95
Tahap sokongan: 129.05, 128.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7155
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6595, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6425
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokogan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2520, 1.2415
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 119.00, 122.00
Tahap sokongan: 115.95, 113.10
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1878.85, 1901.20
Tahap sokongan: 1855.05, 1833.15