03 Julai 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menlonjak berikutan dengan pertumbuhan perkerjaan yang ketara muncul.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak setelah AS menbebaskan serangkaian data pekerjaan yang bias positif pada hari semalam. Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, data NonFarm Payroll AS dibebaskan pada 4,800K, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 3,000K, menunjukkan bahawa pasaran buruh AS telah memasuki ke fasa pemulihan yang kuat setelah AS melonggarkan sekatan pergerakan. Selain itu, data pengangguran yang di mana merupakan sebagai petunjuk penting untuk mengukur keadaan pasaran buruh semasa telah menurun daripada 13.3% ke 11.1%, sementara juga lebih rendah daripada ramalan ekonomi iaitu 12.3%. Walaupun begitu, kebanyakan pakar tidak bersetuju bahawa data NFP dan kadar pengangguran kali ini mencerminkan keadaan sebenar pasaran buruh AS sekarang kerana data tersebut tidak dibentukkan untuk situasi kemelesetan yang disebabkan oleh wabak virus. Selain itu, terdapat banyak kes jangkitan yang dapat dilihat di setiap negeri AS pada akhir bulan Jun dan mendesak gabenor negara-negara tersebut untuk mengetatkan sekatan untuk membatasi kesan negatif virus. Semasa sesi perdagangan awal Asia, indeks dolar meningkat 0.02% ke 97.20.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.86% ke $40.30 kerana para pelabur masih berhati-hati melabur sementara menunggu lebih banyak pemangkin. Dalam beberapa hari yang lalu, AS telah mencatat penurunan mendadak dalam tahap inventori minyak mentahnya dan meningkatkan daya tarikan produk komoditi hitam ini. Namun, keuntungan minyak mentah telah dibatasi oleh keadaan wabak virus yang semakin buruk. Selain itu, harga emas naik 0.05% ke $1776.30 per troy ounce kerana kebimbangan pasaran terhadap wabak itu telah meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD Independence Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Jun) | 47.6 | 47.6 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jun) | 47.0 | 47.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah saluran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 97.55.
Tahap rintangan: 97.55, 98.75
Tahap sokongan: 96.90, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2525. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2435.
Tahap rintangan: 1.2525, 1.2625
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2335

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1165.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1165, 1.1095

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berdekatan tahap sokongan di 107.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.90.
Tahap rintangan: 107.90, 108.35
Tahap sokongan: 107.45, 106.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7115.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6480. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6580.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6755
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3675. MACD yang memaparkan momntum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3500.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9425. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9475.
Tahap rintangan: 0.9475, 0.9535
Tahap sokongan: 0.9430, 0.9380

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 39.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 41.35, 43.75
Tahap sokongan: 39.15, 37.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1778.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1778.00, 1788.05
Tahap sokongan: 1765.75, 1757.85