03 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan dengan data negatif.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut dengan latar belakang data ekonomi yang negatif dari Amerika Syarikat semalam. Menurut kepada Institute for Supply Management, A.S. ISM Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah menurun dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 60.6 ke bacaan sebanyak 59.5, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 60.9. Data ekonomi negatif tersebut menunjukkan bahawa ekonomi AS telah mulai perlahan sementara mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan Dolar AS. Selain itu, para pelabur membuat spekulasi bahawa Federal Reserve mungkin akan terus melonggarkan dasar monetari dalam jangka panjang untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Walaupun demikian, pernyataan keseluruhan dari Federal Reserve tetap tidak jelas, oleh itu para pelabur akan terus meneliti data ekonomi selanjutnya dan juga pernyataan Federal Reserve untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.13% ke 92.05.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 3.35% ke $71.45 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah menerima momentum bearish yang ketara di tengah data ekonomi China dan Amerika Syarikat yang lemah, yang menimbulkan kebimbangan kelemahan permintaan minyak dan masalah bekalan berlebihan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1815,30 se troy auns semasa penulisan di tengah penyusutan dalam Dolar AS.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug) | 0.10% | 0.10% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 91.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 92.25, 92.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3880. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjtukan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3880, 1.3830

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1885. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1885, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 109.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.55
Tahap sokongan: 109.05, 108.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7410.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2440. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2535.
Tahap rintangan: 1.2535, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9035. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9135, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9035, 0.8940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 71.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 74.80, 76.95
Tahap sokongan: 71.10, 68.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1813.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1813.05, 1823.35
Tahap sokongan: 1795.70 1773.45