03 Ogos 2021 Analisis Sesi Petang
Paun stabil susulan data PMI yang optimis baru-baru ini.
Mata wang paun sterling yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain kekal stabil dan meningkat selepas pengeluaran data yang positif baru-baru ini dari UK. Menurut kepada Markit Economics, data Markit Manufacturing PMI U.K telah memberi bacaan sebanyak 60.4, selaras dengan jangkaan pasaran sebanyak 60.4 dan ia memberikan keyakinan yang lebih tinggi untuk pasaran. Data menunjukkan bahawa sektor pembuatan bermanfaat dari pembukaan semula ekonomi UK dan dapat memberi sokongan dalam pertumbuhan ekonomi. Sementara itu, prara pelabur akan terus memperhatikan situasi koronavirus UK untuk menilai potensi pergerakan pasangan tersebut. Sejak jangka masa yang lalu, jumlah kes koronavirus di UK mulai menurun secara beransur-ansur. Penurunan dalam kes COVID-19 menunjukkan bahawa kerajaan UK tidak berkemungkinan akan mengetatkan sekatan sosial dan ini akan membantu dalam operasi normal semua sektor ekonomi. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.08% kepada $ 13889.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak 0.32% kepada $71.42 setong semasa penulisan susulan kebimbangan terhadap permintaan. Para pelabur masih meluahkan kebimbangannya terhadap penggunaan minyak mentah yang perlahan kerana kes koronavirus terus meningkat di beberapa negara dan wilayah. Selain itu, data kilang yang lemah dari China dan A.S. juga mempengaruhi sentimen komoditi. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.11% kepada $ 1810.80 se troy auns pada masa penulisan berikutan kelemahan dolar.
Today’s Holiday Market Close
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Events
Time Market Event
12:30 AUD RBA Rate Statement
Today’s Highlight Economic Data
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug) | 0.10% | 0.10% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 92.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.05, 92.65
Tahap sokongan: 91.60, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3890. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasnagan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4105
Tahap sokongan: 1.3890, 1.3735

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1.1880. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.1810.
Tahap rintangan: 1.1880, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1755

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.40
Tahap sokongan: 109.20, 108.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7415.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485
Tahap sokongan: 0.7330, 0.7245

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2520. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2520, 1.2595
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2350

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9040. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.9090.
Tahap rintangan: 0.9090, 0.9135
Tahap sokongan: 0.9040, 0.8990

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 71.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 74.60, 77.00.
Tahap sokongan: 71.10, 68.40.

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1814.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1792.10.
Tahap rintangan: 1814.80, 1831.85
Tahap sokongan: 1792.10, 1762.20