3 Ogos 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melantun susulan kenyataan hawkish daripada ahli Fed.
Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melantun semula secara mendadak selepas jatuh selama 4 hari dagangan berturut-turut, kerana ahli Fed membayangkan bahawa lebih banyak kenaikan kadar boleh dijangka dalam tempoh terdekat. Menurut kepada kenyataan Presiden Fed San Francisco, Mary Daly, beliau menekankan bahawa bank pusat AS masih mempunyai jalan yang jauh untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas kembali kepada tahap normal, membayangkan kenaikan kadar faedah akan diteruskan. Selain itu, beliau juga berikrar bahawa pelabur tidak seharusnya menafsirkan kadar faedah yang besar baru-baru ini sebagai petunjuk berakhirnya kenaikan kadar, di mana dasar monetari pengetatan masih akan diteruskan. Di samping itu, Presiden Fed Chicago Charles Evans juga telah mengulas bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkan setengah mata lagi pada bulan September atau kenaikan kadar faedah yang lebih agresif iaitu 75 mata asas dalam mesyuarat September akan datang. Dengan nada hawkish daripada ahli Fed, peserta pasaran melarikan diri ke pasaran dolar AS. Bagaimanapun, kenaikan indeks dolar dihadkan oleh data pekerjaan yang lemah semalam. Menurut Biro Statistik Buruh, Pembukaan Pekerjaan JOLT AS dibebaskan pada 10.698M, tersasar ramalan konsensus 11.000M, memberikan gambaran bahawa pasaran pekerjaan AS semakin reda.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.03% ke $93.75 setong di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap kemelesetan global melebihi isu bekalan yang tidak mencukupi, sementara peserta pasaran menunggu pelan pengeluaran minyak daripada OPEC+. Selain itu, harga emas turun 0.08% ke $1759.50 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:30 | GBP – Composite PMI (Jul) | 52.8 | 52.8 | – |
16:30 | GBP – Services PMI (Jul) | 53.3 | 53.3 | – |
22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) | 55.3 | 53.5 | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -4.523M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 106.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 106.10, 107.10
Tahap sokongan: 105.15, 103.55
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2175. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2355, 1.2480
Tahap sokongan: 1.2175, 1.2035
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0155. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap tersebut.
Tahap rintangan: 1.0265, 1.0370
Tahap sokongan: 1.0155, 1.0075
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 133.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 133.15, 135.25
Tahap sokongan: 131.35, 128.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6855.
Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115
Tahap sokongan: 0.6855, 0.6725
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6245, 0.6140
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2805. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2925.
Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985
Tahap sokongan: 1.2805, 1.2730
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berdekatan tahap sokongan di 0.9520. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9590.
Tahap rintangan: 0.9590, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9450
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 94.85. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 94.85, 98.20
Tahap sokongan: 93.15, 91.80
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1770.05. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongna di 1729.25.
Tahap rintangan: 1770.05, 1783.20
Tahap sokongan: 1729.25, 1707.90