03 November 2017 Analisis Harian
Sterling menjunam selepas BoE menaikan kadar faedah.
Pasangan GBP/USD menjunam secara mendadak sebanyak 0.88% ke 1.3062 susulan dengan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat England (BoE) meningkatkan kadar faedah buat pertama kali di dalam 10 tahun. Namun, sentimen yang diberikan adalah lebih negatif dan ia telah mengakibatkan sterling untuk dijual. BoE telah menterbalikkan kenaikan kadar pada Ogos 2016 selepas referendum Brexit sebanyak 25 mata asas ke 0.50% bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Namun, momentum dovish telah dicetuskan oleh para pelabur selepas BoE menegaskan bahawa kenaikan kadar bagi tiga tahun yang akan datang hanya akan dilaksanakan secara beransur-ansuran dan terhad. Isyarat tersebut mencadangkan bahawa momentum kekerapan kenaikan kadar adalah lebih lambat daripada jangkaan para pelabur. Bagi rantau yang lain, dolar A.S. didagang secara stabil berbanding dengan mata wang utama yang lain pada sesi dagangan Asia berhampiran dengan 94.66. Fokus para pelabur untuk hari ini akan tertumpu kepada laporan pekerjaan NFP selepas keputusan calon pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) dari Presiden Donald Trump berada di dalam jangkaan kebanyakan para pelabur. Gabenor dari Fed iaitu Jerome Powell dicadangkan untuk menggantikan Janet Yellen sebagai pengerusi yang seterusnya mulai tahun depan. Semalaman, dolar A.S. telah susut berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas parti Republikan mencadangkan RUU reformasi sistem cukai bagi syarikat dan individual. Para penganalisis memberi amaran bahawa RUU tersebut masih diselubungi oleh ketidaktentuan oleh kerana kelulusannya masih tidak diberikan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.48% ke $54.80 setong selepas para pelabur memberikan prospek yang lebih tinggi terhadap pengimbangan semula di dalam pasaran susulan dengan pembekuan paras pengeluaran dari ahli dan bukan ahli OPEC. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.20% ke $1,277.48 se troy auns selepas Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Jerome Powell akan mengetuai Fed pada tahun depan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
00:15 USD FOMC Member Kashkari Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
08:30 | AUD – Retail Sales (MoM) (Sep) | -0.5% | 0.4% | 0.0% |
09:45 | CNY – Caixin Services PMI (Oct) | 50.6 | 50.8 | 51.2 |
17:30 | GBP – Services PMI (Oct) | 53.6 | 53.3 | – |
20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Oct) | 0.5% | 0.2% | – |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Oct) | -33K | 315K | – |
20:30 | USD –Unemployment Rate (Oct) | 4.2% | 4.2% | – |
20:30 | CAD – Employment Change (Oct) | 10.0K | 15.0K | – |
20:30 | CAD – Unemployment Rate (Oct) | 6.2% | 6.2% | – |
22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Sep) | 1.2% | 1.2% | – |
22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Oct) | 56.8 | – | – |
22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) | 59.8 | 58.5 | – |
01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 737 | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.3245. Susunan lilin bearish serta momentum menurun yang makin meningkat dari MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran berikut di 1.3030.
Tahap rintangan: 1.3245, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2960
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1605. Pembentukan isyarat hidden positive divergence dari MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran di 1.1705.
Tahap rintangan: 1.1705, 1.1745
Tahap sokongan: 1.1605, 1.1475
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 114.15. Pembentukan isyarat silang kematian dari MACD mencadangkan pasangan ini untuk susut kembali ke sasaran pertama di tahap sokongan 113.80.
Tahap rintangan: 114.15, 114.75
Tahap sokongan: 113.80, 113.45
CrudeOIL
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan berhampiran dengan 54.25. Pembentukan lilin bullish engulfing dan garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka panjang ke arah 56.95.
Tahap rintangan: 56.95, 61.15
Tahap sokongan: 54.25, 51.30
GOLD
GOLD_, H1: Harga minyak mentah didagang secara berayun di dalam segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat dari pergerakan harga dan MACD histogram, dua aspek ini mencadangkan untuk menunggu pemecahan bagi mendapatkan trend aliran yang lebih teliti.
Tahap rintangan: 1280.00, 1291.00
Tahap sokongan: 1273.15, 1268.95