83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 November 2020                           Analisis Sesi Petang

Dolar AS berayun sebelum Pilihan Raya AS.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama mengalami corak bercampur-campur sementara berayun dekat tahap tertinggi dalam tempoh sebulan kerana para pelabur tetap berhati-hati sebelum Pilihan Raya Presiden AS diadakan. Menurut tinjauan pilihan raya terbaru, ia tetap sama menunjukkan bahawa pencabar dari Parti Demokratik – Joe Biden mendahului Presiden Trump. Oleh kerana Joe Biden lebih ingin melaksanakan pelan rangsangan yang lebih besar, maka ia perlu diperhatikan bahawa pelan rangsangan mungkin menjadi keutamaan Demokrat setelah ia memenangi pilihan raya, yang dimana berkemungkinan tinggi akan memberikan tekanan jual yang besar di pasaran dolar AS. Walaupun begitu, pelabur masih memberikan perhatian terhadap perkembangan pilihan raya AS dan juga keputusan pilihan raya untuk mengukur arah indeks dolar yang lebih lanjut. Selain itu, kebangkitan wabak di seluruh dunia telah mendorong para pelabur untuk memasuki ke pasaran dolar AS ketika sekatan penguncian baru di sebahagian Eropah meningkatkan kebimbangan pelabur. Pada minggu lalu, Perancis, Jerman dan Belgium telah mengumumkan pergerakan kawalan yang lebih ketat di negara mereka masing-masing yang selama sebulan, tetapi sedikit lebih longgar daripada sekatan penguncian pada musim bunga. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar turun 0.16% ke 94.00.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.05% ke $36.60 setong semasa penulisan kerana pengeluaran minyak Libya telah meningkat ke 800,000 tong sehari setelah Tentera Nasional Libya bersetuju untuk gencatan senjata, meningkatkan kebimbangan pelabur mengenai ketidakseimbangan pasaran minyak mentah. Sebelum ini, pengeluaran minyak di Libya telah menurun ke tahap kurang daripada 100,000 tong sehari. Selain itu, harga emas naik 0.50% $1895,00 per troy oun disebabkan oleh ketidakstabilan Pilihan Raya Presiden AS.
Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21.00                     USD                                        U.S Presidential Election

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.75.

 

Tahap rintangan: 94.10, 94.55

Tahap sokongan: 93.75, 93.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2880. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2955.

 

Tahap rintangan: 1.2955, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2880, 1.2815

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih endah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1610. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1705, 1.1825

Tahap sokongan: 1.1615, 1.1495

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 104.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 105.05, 105.40

Tahap sokongan: 104.50, 104.00

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7040. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7110

Tahap sokongan: 0.7035, 0.6990

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6620. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6655.

 

Tahap rintangan: 0.6655, 0.6690

Tahap sokongan: 0.6620, 0.6580

 


USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3205. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3205, 1.3155

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9200. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9150.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9150, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 36.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 36.95, 38.20

Tahap sokongan: 35.65, 34.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1857.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1925.00.

 

Tahap rintangan: 1925.00, 1972.35

Tahap sokongan: 1857.50, 1791.45