83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 December 2020                            Analisis Sesi Pagi

 

Pound menjunam susulan dengan kemungkinan kesepakatan Brexit pudar.

Paun yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama dalam pasaran FX didagang secara berayun dengan ketara pada hari semalam disebabkan oleh sentimen pasaran yang bercampur. Pada awal semalam, paun menerima tekanan jual yang besar setelah Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier memberitahu 27 utusan nasional ke Brussels hari ini kerana kebuntuan dalam perbincangan Brexit masih berterusan. Selain itu, seorang diplomat yang menghadiri mesyuarat secara tertutup juga telah mendedahkan bahawa perbezaan pendapat mengenai tiga isu utama masih belum dapat diselesaikan, termasuk tahap persaingan yang adil, perikanan dan cara-cara untuk menyelesaikan pertikaian jika berlaku pada masa depan. Michel Barnier juga telah memberi amaran bahawa UK harus lebih bertoleransi dalam perundingan kerana perjanjian itu perlu dimeterai pada akhir minggu ini. Dalam berlatarbelakangan kebuntuan perbincangan, peningkatan kebarangkalian Brexit tanpa perjanjian telah meningkatkan kebimbangan pasar terhadap prospek ekonomi UK di masa depan, kerana tanpa kesepakatan mungkin akan memburukkan lagi ekonomi UK semasa ekonomi masih dihantui oleh kesan negative pandemik. Walaupun begitu, kerugian paun terhad kerana UK telah memberikan kebenaran darurat untuk menggunakan vaksin yang dibuat oleh syarikat farmasi AS Pfizer dan pengeluar ubat Jerman BioNtech. UK telah menjadi negara barat pertama yang membenarkan penggunaan vaksin Covid-19 tersebut. Setakat penulisan, pasangan GBP/USD meningkat 0.07% ke 1.3375.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.24% ke $45.15 setong selepas jatuh sebanyak 2.50% peratus di tengah penurunan inventori minyak mentah AS yang lebih rendah daripada yang dijangkakan. Menurut EIA, data stok simpanan minyak mentah AS dibebaskan pada -0.679M, lebih rendah daripada jangkaan ekonomi iaitu pada -2.358M. Namun, kelulusan vaksin UK berjaya memulihkan kerugian produk minyak ini kerana ia meningkatkan harapan dalam pemulihan permintaan. Selain itu, harga emas turun 0.07% ke $1829.65 setroy auns setelah UK meluluskan vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer dan BioNtech.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Nov) 47.4 47.4
17:30 GBP – Services PMI (Nov) 45.8 45.8
21:30 USD – Initial Jobless Claims 778K 775K
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI 56.6 56.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Dollar index telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 91.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan:91.20, 91.50

Tahap sokongan: 91.00, 90.75

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3350. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang meningkat mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke tahap rintangan di 1.3390.

 

Tahap rintangan: 1.3390, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3350, 1.3320

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2065. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk menlanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2130.

 

Tahap rintangan: 1.2130, 1.2175

Tahap sokongan: 1.2065, 1.1990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 104.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 104.65, 104.90

Tahap sokongan: 104.40, 104.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7405. MACD yang memaparkan isyarat bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7480.

 

Tahap rintangan: 0.7480, 0.7540

Tahap sokongan: 0.7405, 0.7330

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang megnuji tahap rintangan di 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7075.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7100

Tahap sokongan: 0.7045, 0.7010

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2920. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish signal mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.2995

Tahap sokongan: 1.2920, 1.2885

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.8940. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8980, 0.9020

Tahap sokongan: 0.8940, 0.8895

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 44.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komdoiti ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 45.50, 46.30

Tahap sokongan: 44.65, 44.00

 

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1816.00. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan:1833.65, 1845.60

Tahap sokongan 1816.00, 1802.25