83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 April 2023                       Analisis Sesi Petang

 

Ucapan dovish RBA Philip Lowe selepas itu Aussie tergelincir.

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) Philip Lowe telah mengumumkan bahawa RBA memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada 3.60%, dan Aussie tergelincir selepas itu. Pada mesyuaratnya hari ini, ahli lembaga pengarah RBA menyedari bahawa dasar monetari beroperasi dengan ketinggalan, dan kesan penuh kenaikan kadar faedah masih belum dapat dirasai. Oleh itu, RBA memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada bulan ini. Sementara itu, Lowe RBA menyebut bahawa ekonomi global kekal lemah dan bank pusat perlu menilai semula prospek bagi keputusan dasar monetari berikutan kegawatan dalam sistem perbankan di AS dan Switzerland. Ramalan utama ialah inflasi di Australia berkemungkinan memuncak dan kembali kepada 3% pada pertengahan tahun 2025. Pertumbuhan ekonomi Australia dijangka berkembang perlahan dalam beberapa tahun akan datang, berikutan persekitaran kadar faedah tinggi dan permintaan yang lebih perlahan Menurut Biro Perangkaan Australia, data harga perumahan purata merosot daripada 889.80 kepada 881.20. Ia menunjukkan bahawa penurunan harga rumah membawa kepada kelembapan yang ketara dalam perbelanjaan isi rumah. Penurunan harga rumah akan menyebabkan pemilik rumah kurang yakin untuk berbelanja kerana kekayaan keseluruhan berkurangan. Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin perlahan, pengangguran dijangka meningkat kepada 4% pada pertengahan 2024. Memandangkan prospek ekonomi kekal lemah, RBA memutuskan untuk menggunakan dasar monetarinya hari ini. Sehingga penulisan, AUD/USD susut -0.43% ke $0.6755.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.42% ke $80.76 setong berikutan pemotongan pengeluaran OPEC+ sebelum ini. Selain itu, dolar melantun semula selepas data pembuatan ISM yang lemah semalam, menyebabkan harga emas turun -0.19% ke $1996.55 seauns troy.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 10.824M 10.400M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 101.70. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek,

 

 

Resistance level: 103.00, 104.45

Support level: 101.70, 100.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.

 

 

Resistance level: 1.2445, 1.2590

Support level: 1.2300, 1.2145

 

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan.

 

 

Resistance level: 1.0930, 1.1070

Support level: 1.0790, 1.0635

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 133.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap rintangan.

 

 

Resistance level: 134.55, 136.30

Support level: 132.30, 130.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 06775. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Resistance level: 0.6870, 0.6945

Support level: 0.6775, 0.6685

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6265. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6325.

 

 

Resistance level: 0.6325, 0.6400

Support level: 0.6265, 0.6195

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1.3420. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3520.

 

 

Resistance level: 1.3520, 1.3560

Support level: 1.3420, 1.3330

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9180.

 

 

Resistance level: 0.9180, 0.9285

Support level: 0.9090, 0.9005

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

 

Resistance level: 81.60, 85.25

Support level: 78.70, 76.05

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1985.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Resistance level: 1985.50, 2009.10

Support level: 1954.90, 1926.70