83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

Indeks dolar menyusut selepas penyataan dovish dari Fed.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menurun ketara selepas Bank Pusat A.S. memotong kadar faedahnya untuk mengurangkan kesan-kesan yang negatif daripada penyebaran koronavirus terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat Menurut kepada Reuters, Fed Chair Jerome Powell menegaskan bahawa ekonomi A.S. masih kekal kukuh, walau bagaimanapun beliau mengakui bahawa penyebaran koronavirus tersebut telah memusnahkan perkembangan ekonomi di A.S. dan sentimen tersebut telah mendorong Bank Pusat A.S. untuk memutuskan untuk mengurangkan kadar faedahnya bagi memberangsangkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat. Oleh itu, Federal Open Market Committee memutuskan untuk menurunkan julat sasaran bagi kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan ke julat sasaran sebanyak 1.00% hingga 1.25% pada hari semalam. Sebaliknya, Yen Jepun telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko di pasaran FX yang akibat daripada wabak koronavirus. Sentimen tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke aset selamat seperti Yen Jepun. Pada masa kini, jangkitan koronavirus telah meningkat semula di Korea Selatan dan Iran. Selain itu, UK telah melaporkan sebanyak 51 kes baru manakala jumlah kes Jepun telah meningkat ke lebih daripada 1,000 orang dan Sepanyol meningkat sebanyak 32% ke 150 orang. Semasa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.22% manakala USD/JPY telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.15% ke 106.95.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.34% ke $46.95 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah semalam susulan dengan para pelabur masih khuatir bahawa wabak koronavirus akan menjejaskan perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya mengurangkan permintaan ke atas komoditi tersebut pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memberi pemantauan ke atas perkembangan mengenai mesyuarat OPEC yang akan diadakan pada hari Khamis dan Jumaat untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.48% ke $1646.40 se troy auns susulan dengan kelemahan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

Tentatif          GBP        BoE MPC Treasury Committee Hearings

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Feb) 53.3 53.3
17:30 GBP – Services PMI (Feb) 53.3 53.3
21:15                 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 291K 170K
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) 55.5 54.9
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 0.452M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, DailyIndeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.20

Tahap sokongan: 97.00, 96.50

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2760. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2940.

 

Tahap rintangan: 1.2940, 1.3165

Tahap sokongan: 1.2760, 1.2585

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1175. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1175, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1130, 1.1065

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.80. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.55, 108.45

Tahap sokongan: 106.80, 106.00

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6480. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6720.

 

Tahap rintangan: 0.6720, 0.6915

Tahap sokongan: 0.6480, 0.6285

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6270. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6325, 0.6400

Tahap sokongan: 0.6270, 0.6205

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3380. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3380, 1.3450

Tahap sokongan: 1.3310, 1.3235

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9540. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9620, 0.9715

Tahap sokongan: 0.9540, 0.9465

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 45.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 51.45.

 

Tahap rintangan: 51.45, 57.45

Tahap sokongan: 45.45, 43.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1626.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1654.45.

 

Tahap rintangan: 1654.45, 1683.10

Tahap sokongan: 1626.65, 1588.45