83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Mac 2021                        Analisis Sesi Petang

Aussie stabil susulan data yang bercampuran.

Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah mendapat kembali momentum walaupun data baru-baru ini menunjukkan bacaan yang bercampuran. Data Retail Sales Australia menurun kepada 0.5%, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.6%. Namun, para pelabur tidak memberi perhatian yang banyak kepada data Retail Sales yang lemah tersebut kerana data perdagangan yang kuat. Menurut kepada Biro Statistik Australia, keseimbangan perdagangan di Australia meningkat dengan ketara kepada 10,142 juta, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 6500 juta. Selain itu, pasangan ini juga terus disokong oleh selera risiko pasaran susulan dengan dunia memulih daripada pandemik koronavirus. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.19% kepada 0.7788.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.72% kepada $61.41 semasa penulisan berikutan dengan prospek berterusan untuk mengekalkan pemotongan bekalan. Pasaran telah menjangkakan bahawa OPEC+ akan menurunkan pengurangan pengeluaran sekitar 500,000 tong sehari dari bulan April. Namun, ada sumber yang menyatakan bahawa OPEC sedang mempertimbangkan untuk memutar pemotongan pengeluaran ke bulan April dan bukannya meningkatkan pengeluaran kerana pemulihan permintaan minyak tetap rapuh akibat krisis koronavirus. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.03% kepada $1711.18 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

01:05                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

(5hb Mac)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Construction PMI (Feb) 49.2 51.0
21:30 USD – Initial Jobless Claims 730K 750K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 90.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 90.95, 91.50

Tahap sokongan: 90.10, 89.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3855.

 

Tahap rintangan: 1.3985, 1.4085

Tahap sokongan: 1.3855, 1.3775

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.2030. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2090, 1.2135

Tahap sokongan: 1.2030, 1.1955

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 107.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 107.00, 107.55

Tahap sokongan: 106.20, 105.50

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7780, 0.7830

Tahap sokongan: 0.7725, 0.7695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7240. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7365, 0.7440

Tahap sokongan: 0.7240, 0.7170

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2720.

 

Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2560

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9200. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9280

Tahap sokongan: 0.9040, 0.8925

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 60.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 62.00, 63.60

Tahap sokongan: 60.75, 59.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1711.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1737.55, 1759.55

Tahap sokongan: 1711.05, 1685.85