04 Mac 2022 Analisis Sesi Petang
Euro merosot di tengah-tengah peningkatan ketegangan Russia-Ukraine.
Euro telah melanjutkan kerugiannya berikutan peningkatan ketegangan antara Ukraine dan Rusia, yang mendorong pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat yang lain sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Euro. Peperangan di Ukraine dan Rusia akan meningkatkan harga komoditi, terus mencetuskan prospek negatif ke arah pertumbuhan ekonomi Eropah. Menurut kepada Reuters, kementerian tenaga atom Ukraine mendakwa bahawa unit penjanaan di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, yang terbesar seumpamanya di Eropah, telah ditembak semasa serangan oleh tentera Rusia. Namun begitu, para pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung ketegangan Rusia-Ukraine serta data ekonomi selanjutnya untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.33% ke 1.1028.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.48% ke $111.10 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine telah terus mencetuskan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak pada masa hadapan. Sebaliknya, harga emas telah melonjak 0.25% ke $1940.65 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Feb) | 56.3 | 54.3 | – |
| 21:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Feb) | 467K | 450K | – |
| 21:30 | USD – Unemployment Rate (Feb) | 4.00% | 3.90% | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Feb) | 50.7 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.00, 98.80
Tahap sokongan: 97.20, 96.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3355. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3355, 1.3410
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3205

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1140, 1.1230
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0935

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 115.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 114.60.
Tahap rintangan: 115.65, 116.25
Tahap sokongan: 114.60, 113.65

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7285. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7400.
Tahap rintangan: 0.7400, 0.7525
Tahap sokongan: 0.7285, 0.7180

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6715. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6865.
Tahap rintangan: 0.6865, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2635. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2800, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2635, 1.2475

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 111.65, 116.05
Tahap sokongan: 106.20, 99.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1946.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1919.30.
Tahap rintangan: 1946.30, 1971.50
Tahap sokongan: 1919.30, 1888.35