83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 May 2020                          Analisis Sesi Pagi

 

Dolar didagang rata susulan dengan sentiment pasaran yang bercampur.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berayun, mempunyai corak bercampur sebelum memasuki hujung minggu di tengah-tengah data ekonomi baru-baru ini yang memaparkan isyarat yang bercampur-campur mengenai kesihatan ekonomi. Pada hujung minggu lalu, indeks dolar mendapat tekanan jual yang besar setelah AS mencatatkan satu minggu tuntutan pengangguran yang tinggi lagi yang dimana ditunjukkan oleh data Initial Jobless Claim. Secara terperinci, pasaran buruh AS kekal lemah di tengah penyebaran Covid-19 yang terus menghantui prestasi ekonomi negara, mendorong hampir 4 juta rakyat AS untuk menuntut insurans pengangguran pada minggu lalu. Selain itu, pegawai Federal Reserve juga mendedahkan bahawa kadar pengangguran AS mungkin meningkat hingga 20% dalam jangka masa yang singkat sementara GDP juga mungkin akan menyusut hampir 30% pada tahun ini. Kenyataan dovish ini dan serangkaian data ekonomi yang suram memberi tekanan yang kuat kepada dolar, berkemungkinan yang rendah untuk terlepas dari risiko merosot pada masa ini. Walau bagaimanapun, kerugian dolar telah dihadkan berikutan dengan data ekonomi yang optimis dari sektor pembuatan telah dibebaskan. Menurut kepada Institute of Supply Management, data Manufacturing PMI mencatatkan bacaan sebanyak 41.5, lebih tinggi daripada anggaran ahli ekonomi iaitu 36.9, mengisyaratkan kemerosotan ekonomi di AS lebih ringan dan lebih lembut daripada yang diramalkan oleh pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar naik 0.14% ke 99.20.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 5.43% sehingga $18.65 setong walaupun OPEC dan sekutunya akan memulakan pemotongan pengeluran minyak mereka mulai minggu ini untuk mengatasi masalah bekalan melebihi yang disebabkan oleh krisis Coronavirus. Pada masa ini, pasaran masih khuatir terhadap penyebaran virus dan akan terus memberikan tumpuan kepada perkembangan penghasilan ubat untuk menyembuhkan virus supaya dapat meneliti arah komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas menurun 0.33% ke $1694.75 setroy auns disebabkan oleh kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

All Day                   JPY                                          Greenery Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Apr) 45.4 34.4

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 99.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 98.30.

 

Tahap rintangan: 99.75, 100.85

Tahap sokongan: 98.30, 97.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2520. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2435.

 

Tahap rintangan: 1.2520, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2435, 1.2370

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1025. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0940.

 

Tahap rintangan: 1.1025, 1.1115

Tahap sokongan: 1.0940, 1.0830

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 107.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.25.

 

Tahap rintangan: 107.20, 108.20

Tahap sokongan: 106.25, 104.50

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6460. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6180.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6705

Tahap sokongan: 0.6780, 0.5975

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah  tahap sokongan sebelumnya di 0.6055. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5995.

 

Tahap rintangan: 0.6055, 0.6120

Tahap sokongan: 0.5995, 0.5945

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.4120. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4120, 1.4240

Tahap sokongan: 1.3980, 1.3855

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9585. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9660.

 

Tahap rintangan: 0.9660, 0.9710

Tahap sokongan: 0.9585, 0.9510

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 18.05.

 

Tahap rintangan: 21.80, 25.85

Tahap sokongan: 18.05, 15.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1699.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1683.50.

 

Tahap rintangan: 1699.75, 1711.25

Tahap sokongan: 168350, 1666.25