4 Jun 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Jun 4 – 8
Kajian Pasaran (Forex): Mei 28 – Jun 1
Dolar A.S.
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya pada hari Jumaat yang lalu berlatarbelakangkan laporan pekerjaan yang optimistik dan ia telah meningkatkan kemungkinan Bank Pusat AS (Fed) untuk mengetatkan lagi dasar kewangan mereka pada masa hadapan. Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.18% dan menutup minggu lalu di paras 94.16 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, ekonomi AS telah menjana sebanyak 223,000 pekerjaan bagi bulan lepas, lebih baik daripada jangkaan iaitu 189,000 pekerjaan sahaja. Sementara itu, kadar pengangguran telah susut ke paras rendah 18 bulan dengan 3.8% dan ia memberi isyarat bahawa pengambilan pekerjaan masih kukuh untuk menempuhi kenaikan kadar dari Fed.
Tambahan pula, kadar pertumbuhan gaji di rantau tersebut telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan 0.3% berbanding 0.2% dan ia mendorong kepada tekanan inflasi yang lebih tinggi kelak. Data tersebut telah meningkatkan spekulasi para pelabur terhadap Fed yang berkemungkinan untuk menambah satu lagi kenaikan kadar sekiranya pertumbuhan gaji meningkat secara konsisten untuk beberapa bulan yang akan datang.
US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan
Ekonomi AS telah menjana sebanyak 223,000 pekerjaan bagi bulan Mei.
US Unemployment Rate

—– Ramalan
Kadar pengangguran susut sebanyak 0.1% ke paras rendah 18 tahun di 3.8% untuk bulan Mei.
US Average Hourly Earnings

—– Ramalan
Kadar pertumbuhan gaji sejam AS telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan 0.3% berbanding 0.2% untuk bulan Mei.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.65% ke 109.53 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
EUR/USD
Euro susut sebanyak 0.27% ke $1.1660 berbanding dengan dolar AS. Mata wang tunggal tersebut telah menerima tekanan menurun berikutan dengan risiko politik di Itali dan Sepanyol yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi dan pengetatan dasar di zon ekonomi EU.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.38% ke $1.3348 selepas Canselor Hammond memberi isyarat bahawa Bank Pusat England bakal menyesuaikan dasar mereka memandangkan kadar inflasi masih berlegar di atas sasaran 2%.
Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 28 – Jun 1
GOLD
Harga emas telah menurun dengan ketara selepas pembebasan laporan NFP pada Jumaat lalu sementara para pelabur menimbang kenaikan dolar dengan risiko politik ya g masih berlegar di zon Eropah. Harga komoditi berharga tersebut menyusut sebanyak 0.39% dan menutup minggu lalu di paras $1,293.29 se troy auns.
Harga aset tersebut menerima tekanan menurun susulan dengan penjualan yang mendadak pada aset selamat seperti emas dan Yen Jepun sambil beralih tumpuan kepada dolar AS berikutan dengan data yang lebih baik daripada jangkaan. Namun, kerugian yang dialaminya adalah terhad selepas risiko politik dari EU masih memberikan sokongan kepada komoditi emas ini.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu sambil mencatat kerugian minggu kedua berikutan dengan peningkatan pembekalan dari AS serta ketidaktentuan OPEC terhadap cadangan untuk meningkatkan pembekalan mereka. Harga minyak mentah menjunam sebanyak 1.97% sambil menutup niaga minggu lalu di paras $65.71 setong.
Menurut kepada pembekal servis AS Baker Hughes, bilangan pelantar minyak telah meningkat sebanyak 2 ke 861, paras yang tertinggi sejak 13hb Mac 2015. Data tersebut adalah sejajar dengan laporan Energy Information Administration pada Khamis lalu yang mengulas bahawa pembekalan harian AS telah meningkat sebanyak 215,000 tong sehari ke paras rekod tinggi 10.47 juta tong bagi bulan Mac.
Harga minyak telah mengalami penjualan sejak dua minggu yang lalu berikutan dengan cadangan OPEC dan Rusia untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi mengatasi kekurangan pembekalan dari Venezuela dan Iran. Namun, keputusan tersebut hanya akan dibentangkan semasa mesyuarat yang telah dijadualkan pada 22hb Jun nanti.
Pandangan Mingguan: Jun 4 – 8
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data ekonomi AS yang utama seperti laporan ISM Non-Manufacturing untuk melihat perkembangan ekonomi dari negara tersebut. Sementara itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada ucapan yang bakal disampaikan oleh Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi yang dijadualkan pada hari Selasa untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai pengetatan dasar serta pengurangan program QE bagi jangka panjang.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Jun 4 – 8
| Isnin, Jun 4 |
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Apr) GBP – Construction PMI (May) USD – Durable Goods Orders (MoM) USD – Factory Orders (MoM) (Apr)
Acara N/A
|
| Selasa, Jun 5 |
Data JPY – Household Spending (YoY) (Apr) AUD – RBA Interest Rate Decision (Jun) EUR – German Services PMI (May) GBP – Services PMI (May) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May) USD – ISM Non-Manufacturing Employment (May) USD – JOLTs Job Openings
Acara AUD – RBA Rate Statement EUR – ECB President Draghi Speaks
|
| Rabu, Jun 6 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – GDP (QoQ) (Q1) USD – Trade Balance (Apr) USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q1) CAD – Trade Balance (Apr) CAD – Ivey PMI (May) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara N/A
|
| Khamis, Jun 7 |
Data AUD – Trade balance (Apr) EUR – German Factory Orders (MoM) (Apr) GBP – Halifax House Price Index (MoM) (May) EUR – GDP (QoQ) (Q1) USD – Initial Jobless Claims
Acara CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
|
Jumaat, Jun 8
|
Data JPY – GDP (QoQ) (Q1) CNY – Trade Balance (USD) (May) EUR – German Industrial Production (MoM) (Apr) EUR – German Trade Balance (Apr) GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr) CAD – Employment Change (May) CAD – Unemployment Rate (May) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Jun 4 – 8
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau). Namun, penyusutan pada momentum menaik dari MACD histogram mencadangkan indeks tersebut untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan bias bullish.
Tahap rintangan: 94.20, 95.90
Tahap sokongan: 92.15, 88.80
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia melantun dan menutup niaga di atas sasaran 1.3300. MACD histogram yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.3445, 1.3600
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3170
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memangkas kerugiannya selepas ia melantun dari garisan 60-MA (hijau) berdekatan 108.25. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 110.50, 111.35
Tahap sokongan: 109.35, 108.25
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah memangkas kerugiannya selepas ia melantun dan menutup niaga di atas tahap rintangan 1.1600. MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.1700 dan garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850
Tahap sokongan: 1.1600, 1.1445
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah menerima tekanan menurun yang ketara selepas ia berundur dari garisan trend menurun tersebut. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah tahap sokongan di 1285.95.
Tahap rintangan: 1300.00, 1312.70
Tahap sokongan: 1285.95, 1266.90
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan bias bearish. Namun, pemecahan dari garisan trend menaik adalah diperlukan untuk mengesahkan bias tersebut.
Tahap rintangan: 67.30, 69.30
Tahap sokongan: 65.70, 64.10