04 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Loonie melonjak susulan dengan keputusan BoC.
Mata wang Loonie Kanada yang berbanding dengan dolar AS dan pasangan mata wang lain kekal mengukuhkan nilainya pada lewat sesi Asia berikutan dengan keputusan kadar faedah dari BoC. Menurut kepada data, bank pusat Kanada telah mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah pada 0.25% seperti yang dijangkakan . Walau bagaimanapun, bank pusat telah menekankan bahawa kos pinjaman semasa adalah had rendah yang efektif dan kadar negatif tidak akan dipertimbangkan secara aktif. Selain itu, ia juga menyatakan bahawa ia akan mengurangkan beberapa operasi pasarannya setelah mengumumkan pembelian bon pada bulan Mac di mana situasi adalah berada di puncak masalah kewangan yang berkaitan dengan koronavirus. Oleh kerana prospek kadar negatif telah ditolak dengan jelas, kenyataan tersebut telah memberikan dorongan yang ketara kepada sentimen, justerunya ia membantu mata wang Loonie untuk melanjutkan momentumnya. Pada masa penulisan, USD/CAD telah jatuh 0.05% kepada 1.3509.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.09% kepada $36,53 setong pada tahap penulisan di tengah-tengah jangkaan OPEC untuk menangguhkan tarikh mesyuarat. Menurut laporan, OPEC + mengumumkan bahawa ia adalah berkemungkinan rendah untuk menarik mesyuarat dasarnya bagi membincangkan mengenai pelanjutan dalam pemotongan pengeluaran sehingga akhir bulan Ogos. OPEC juga menekankan bahawa pertemuan tersebut akan bersyarat dengan negara-negara yang tidak mematuhi sasaran yang dipersetujui dalam pemotongan pengeluaran mereka ke sasaran tersebut terlebih dahulu. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.34% kepada 1704.86 se troy auns setelah mengalami kerugian yang besar baru-baru ini kerana peningkatan selera risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (May) | 8.2 | 29.7 | – |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate (Jun) | -0.50% | -0.50% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jun) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 2,123K | 1,800K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 98.30, 99.05
Tahap sokongan: 97.10, 96.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2590. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2435.
Tahap rintangan: 1.2590, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2290

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1235. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1235, 1.1335
Tahap sokongan: 1.1160, 1.1075

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.95, 109.90
Tahap sokongan: 107.80, 106.40

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6950. MACD yang memaparkan moentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6850.
Tahap rintangan: 0.6950, 0.7010
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6735

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6435. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6435, 0.6525
Tahap sokongan: 0.6335, 0.6205

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3500. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3735, 1.3890
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3310

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9595. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9735, 0.9835
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9505

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 36.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 36.95, 44.40
Tahap sokongan: 27.85, 20.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1696.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1712.15.
Tahap rintangan: 1712.15, 1722.00
Tahap sokongan: 1696.30, 1685.90