83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Julai 2019                          Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar menyusut berikutan dengan kelemahannya, AUD meningkat.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menurun sebanyak 0.10% ke 96.18 semasa penulisan berikutan dengan kelemahan serantau yang menyebabkan para pelabur untuk menjual dolar. Data terkini telah menunjukkan penyusutan dalam bilangan pekerjaan yang dijana bagi sektor peribadi dengan data ADP yang memberi bacaan lebih rendah daripada ramalannya serta mendorong kepada penjualan dolar AS. Selain itu, penurunan hasil bon perbendaharaan yang kini menuju ke paras yang terendah di dalam tempoh dua tahun setengah AS telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar oleh Bank Pusat AS (Fed) pada hujung bulan ini. Pemotongan kadar tersebut adalah kali pertama semenjak sedekad yang lepas. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada data Non-farm Payrolls (NFP) bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya mengenai penggerakan dolar. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.21% ke 0.7040 semasa penulisan walaupun dengan data Retail Sales yang suram. Menurut kepada Australian Bereau of Statistic, penjualan runcit di Australia telah menyusut sebanyak 0.1% yang tersasar dengan ramalannya sebanyak 0.2%. Namun, dolar Australia masih mendapat sokongan bullish berikutan dengan laporan yang menunjukkan kerelaan kerajaan Australia untuk mencadangkan pelan pemotongan cukai bagi menyokong pertumbuhan ekonominya.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.82% ke $56.81 setong akibat dengan data inventori yang negatif. Menurut kepada Energy Information Association (EIA), inventori minyak di AS telah menyusut sebanyak 1.1 juta tong pada minggu lepas, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk menyusut sebanyak 3 juta tong. Data tersebut telah menunjukkan lebihan bekalan di dalam pasaran minyak walaupun dengan penerusan pelan pemotongan bekalan oleh OPEC dan sekutunya. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.13% ke $1420.51 se troy auns akibat dengan penyusutan pada hasil bon perbendaharaan yang telah memberi tekanan menurun ke atas dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    USD                        Hari Kemerdekaan

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – Retail Sales (MoM) (May) -0.4% 0.4%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang secara rata sementara menguji berdekatan tahap rintangan 96.35. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 95.50.

 

Tahap rintangan: 96.35, 97.00
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2555. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2610.

 

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2655
Tahap sokongan: 1.2555, 1.2490

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang secara berayun di dalam saluran sisinya sementara menguji berdekatan paras bawah saluran tersebut. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang keemasan mencadangkan pasangan ini untuk melantun dari paras rendah saluran tersebut ke arah tahap rintangan di 1.1305.

 

Tahap rintangan: 1.1305, 1.1360

Tahap sokongan: 1.1240, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 107.80. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.80, 108.20
Tahap sokongan: 107.35, 106.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7000. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 0.7055.

 

Tahap rintangan: 0.7055, 0.7115
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6970

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6720. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur ke arah tahap sokongan 0.6675 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6635

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.3055. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melantun ke arah tahap rintangan 1.3110 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3110, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3055, 1.2985

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang secara rata sementara menguji pada tahap sokongan 0.9860. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9805

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA-60 (merah). MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 55.85.

 

Tahap rintangan: 57.95, 60.20
Tahap sokongan: 55.85, 54.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1421.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1405.00.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1440.00
Tahap sokongan: 1405.00, 1386.35