4 Julai 2022 Analisis Sesi Pagi
Inflasi terus berlegar di zon Euro, EURUSD melonjak.
EURUSD yang didagang oleh para pelabur melantun daripada paras terendah baru-baru ini pada hari Jumaat lepas di tengah-tengah latar belakang data ekonomi bullish. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Index (CPI) YoY bagi bulan Jun telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 8.1% ke 8.6%, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak 8.4%. Data CPI digunakan sebagai penunjuk untuk menentukan kadar inflasi di rantau tertentu, dan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah menunjukkan bahawa risiko inflasi masih berlarutan di Eropah. Bank Pusat Eropah (ECB) berkemungkinan akan melaksanakan dasar monetari penguncupan yang aggresif untuk menurunkan inflasi yang melambung tinggi, yang meningkatkan daya tarikan pasaran ke atas Euro. Pada minggu lalu, Presiden ECB Christine Lagarde berikrar bahawa bank pusat akan meningkatkan kadar faedah yang pertama dalam 11 tahun untuk memerangi risiko inflasi. Para pelabur akan terus memantau kepada maklumat terkini yang berhubung dengan keputusan kenaikan kadar faedah daripada ECB untuk menjangka kemungkinan pergerakan EURUSD. Semasa penulisan, EURUSD meningkat sebanyak 0.06% ke 1.0434.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.08% ke $108.35 setong semasa penulisan. Namun begitu, aliran keseluruhan harga minyak kekal menaik berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesesakan bekalan minyak. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.52% ke $1810.90 se-auns troy semasa penulisan susulan dengan kejatuhan nilai Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD United States – Independence Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 104.80, 105.90
Tahap sokongan: 103.65, 102.50
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keununtgannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2115, 1.2190
Tahap sokongan: 1.2010, 1.1870
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0450, 1.0530
Tahap sokongan: 1.0385, 1.0315
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 135.55, 136.65
Tahap sokongan: 134.25, 133.10
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6850, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6665
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6235, 0.6295
Tahap sokongan: 0.6145, 0.6060
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2940, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2875, 1.2800
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 111.35, 115.95
Tahap sokongan: 107.60, 103.30
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1819.70, 1829.90
Tahap sokongan: 1807.95, 1798.50