4 Julai 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar AS berundur susulan dengan prospek negatif untuk ekonomi AS.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras yang lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan berikutan kemelesetan di Amerika Syarikat terus mencetuskan penjualan selanjutnya pada Dolar AS. Menurut kepada Institusi for Supply Management, AS ISM Manfuacturing Purchasing Managers Index (PMI) telah mencatat penurunan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 56.1 ke bacaan sebanyak 53.0, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 54.9. Data ekonomi negatif tersebut telah menunjukkan bahawa pada masa ini ekonomi sedang mengalami tekanan berikutan dengan pelaksanaan pengetatan dasar monetari yang agresif dari Rizab Persekutuan. Di samping itu, kebimbangan kemelesetan dikuatkan selepas pembebasan laporan berasingan daripada Commerce Department pada hari Jumaat, menunjukkan bahawa perbelanjaan pembinaan secara tidak dijangka jatuh pada bulan Mei. Sementara itu, Rizab Persekutuan Atlanta telah mengurangkan prospek GDP suku kedua untuk menunjukkan penguncupan dalam perkembangan ekonomi di AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.06% ke 104.83.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.53% ke $108.00 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemelesetan global berikutan data ekonomi yang buruk terus membebankan permintaan pasaran terhadap komoditi hitam ini. Sebaliknya, pasaran emas telah meningkat sebanyak 0.03% ke $1810.85 setiap auns troy setakat penulisan di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD United States – Independence Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 105.25, 106.30
Tahap sokongan: 104.40, 103.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2100, 1.2190
Tahap sokongan: 1.1985, 1.1865
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0575, 1.0640
Tahap sokongan: 1.0385, 1.0205
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 136.60, 137.70
Tahap sokongan: 134.45, 131.40
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.6865, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6510
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6635, 0.6535
Tahap sokongan: 0.6200, 0.6070
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2975, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2765
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.9625, 0.9715
Tahap sokongan: 0.9510, 0.9415
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.10, 113.05
Tahap sokongan: 105.55, 101.55
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1809.20, 1831.15
Tahap sokongan: 1790.40, 1773.35