83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Ogos 2020                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar terhenti sementara para pelabur menunggu rangsangan A.S

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menghentikan pemulihannya dan jatuh semasa lewat sesi Asia susulan dengan data ekonomi yang optimis dan perkembangan yang perlahan dalam pakej rangsangan AS telah menyebabkan reaksi bercampuran sementara pasaran menunggu untuk kemajuan selanjutnya. Dari perspektif data, data ISM Manufacturing PMI telah meningkat kepada 54.2, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 53.6. Data tersebut berjaya memberikan sokongan untuk dolar AS tetapi momentumnya tidak dapat kekal lama kerana keputusan tersebut masih jauh di bawah tahap sebelum wabak. Sebaliknya, Presiden Fed Chicago, Charles Evans pada hari Isnin menyatakan bahawa bantuan seterusnya untuk ekonomi A.S. yang dilanda virus mesti datang dari dasar fiskal. Perunding Demokrat dan Rumih Putih juga telah menyatakan bahawa mereka telah mencapai sedikit kemajuan dalam perbincangan mengenai rangsangan koronavirus yang terbaru, namun bantuan pengangguran tetap menjadi halangan. Pada masa penulisan, indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.03% kepada 93.46.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.14% kepada $ 40.75 setong susulan dengan harapan untuk pemulihan dalam permintaan minyak mentah. Oleh kerana data optimis yang menunjukkan pembuatan AS berkembang pada kadar terpantas sejak Mac 2019, peningkatan dalam aktiviti pembuatan dapat mendorong kepada penggunaan minyak mentah yang lebih tinggi, justerunya menyokong harga dengan lebih tinggi. Sebaliknya, harga emas tetap disokong dan meningkat sebanyak 0.03% kepada $ 1976.89 setong pada masa penulisan disebabkan oleh risiko berterusan dalam koronavirus dan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 94.10.

 

Tahap rintangan: 94.10, 95.95

Tahap sokongan: 92.55, 91.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3060. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3150.

 

Tahap rintangan: 1.3150, 1.3245

Tahap sokongan: 1.3060, 1.2985

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1775. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1775, 1.1830

Tahap sokongan: 1.1695, 1.1620

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 106.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 106.15, 106.95

Tahap sokongan: 105.05, 104.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7175

Tahap sokongan: 0.7080, 0.7010

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6480

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3675

Tahap sokongan: 1.3335, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9170. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9170.

 

Tahap rintangan: 0.9220, 0.9265

Tahap sokongan: 0.9170, 0.9125

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dair tahap rintangan di 41.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 41.15, 41.75

Tahap sokongan: 40.45, 39.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1965.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1990.10.

 

Tahap rintangan: 1990.10, 2041.65

Tahap sokongan: 1965.15, 1931.20