04 September 2020 Analisis Sesi Petang
Aussie melanjutkan kerugiannya berikutan Jualan Runcit yang lebih rendah.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang Aussie yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain tetap ditekan dan jatuh berikutan dengan tinjauan data Retail Sales untuk bulan Julai. Menurut kepada Biro Statistik Australia, perbelanjaan pengguna Australia yang diwakili oleh data Retail Sales telah jatuh kepada 3.2%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 3.3%. Pada masa yang sama, peningkatan dalam ketegangan antara AS dan China juga terus membebani pasangan mata wang ini. Mengikuti perkembangan terbaru, AS telah menambahkan isu lain dalam persaingannya di mana diplomat Senior AS mendakwa China “mengawal” aliran air di Sungai Mekong menimbulkan cabaran segera bagi Asia Tenggara. Sementara itu, para pelabur kini akan menunggu data Non-Farm Payroll yang akan datang untuk mendapatkan lebih banyak isyarat dalam arah aliran. Pada masa penulisan, AUD/USD telah jatuh sebanyak 0.01% kepada 0,7269.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.61% kepada $ 40,92 setong semasa penulisan berikutan dengan spekulasi permintaan yang lemah. Menurut kepada data daripada Refinitiv Eikon, jumlah minyak mentah yang tiba di China, pengimport minyak mentah terbesar di dunia, akan perlahan pada bulan September. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% kepada $ 1936.41 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan penghindaran selera risiko yang disebabkan oleh kejatuhan dalam pasaran saham AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Aug) | 58.1 | 58.3 | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Aug) | 1,763K | 1,400K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Aug) | 10.2% | 9.8% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Aug) | 418.5K | 300.0K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Aug) | 68.5 | 57.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.60, 92.10

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1.3255.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3590
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1900.
Tahap rintangan: 1.1900, 1.1920
Tahap sokongan: 1.1840, 1.1775

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 106.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 106.15, 106.95
Tahap sokongan:105.20, 104.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7265. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7265.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7205, 0.7150

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur tahap rintangan di 0.6755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6615.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6835
Tahap sokongan: 0.6615, 0.6535

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangand di 1.3140. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3030, 1.2950

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9050.
Tahap rintangan: 0.9120, 0.9200
Tahap sokongan: 0.9050, 0.8975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 41.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 41.25, 42.05
Tahap sokongan: 40.30, 39.70

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1905.85.
Tahap rintangan: 2067.75, 2147.50
Tahap sokongan: 1905.85, 1761.65