4 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Paun sterling meningkat di tengah-tengah data ekonomi yang positif.
Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat susulan dengan data ekonomi yang optimis baru-baru ini dari UK. Menurut kepada Markit, data Manufacturing PMI UK pada bulan September telah memberi bacaan sebanyak 57.1, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 56.3. Sebilangan besar daripada para pelabur telah memberikan jangkaan yang negatif terhadap data tersebut kerana UK mengalami krisis Brexit yang merangkumi kekurangan bahan mentah, komoditi dan kesukaran untuk mengambil pekerja baru yang cenderung merugikan sektor pembuatan di UK. Namun, data tersebut membuktikan bahawa industri pengeluaran terus berkembang walaupun dengan situasi tersebut tetapi dengan kadar yang lebih perlahan. Walaupun begitu, keuntungan mungkin akan dihadkan susulan dengan keengganan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk melonggarkan sekatan imigresen yang boleh menyelesaikan krisis bahan bakar dan makanan baru-baru ini yang disebabkan oleh kekurangan pemandu lori. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri Britain Boris Johnson menekankan bahawa beliau tidak akan melonggarkan imigrasi untuk mendorong pertumbuhan upah di wilayah tersebut dan meningkatkan pekerjaan pekerja rumah tangga. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% kepada 1.3536.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.25% kepada $75.52 pada masa penulisan sementara pasaran menunggu untuk mesyuarat OPEC terkini. Beberapa negara telah menekan OPEC untuk meningkatkan produksi dan menurunkan harga kerana permintaan bahan bakar terus pulih. Para pengeluar mempertimbangkan untuk menambahkan lebih banyak bekalan daripada yang dinyatakan dalam perjanjian OPEC +, menurut kepada sumber OPEC. Walau bagaimanapun, sebarang kenaikan akan berlaku mulai bulan November kerana jumlah bulan Oktober telah ditentukan pada pertemuan OPEC + lalu dalam bulan September. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.08% kepada $ 1759.05 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penurunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengna pengunduran dari tahap rintangan 94.35. MAC yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.70.
Tahap rintangan: 94.35, 94.90
Tahap sokongan: 93.70, 93.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3605. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap rintangan 1.3605.
Tahap rintangan: 1.3605, 1.3745
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ai sedang menguji tahap rintangan 1.1600. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1600, 1.1690
Tahap sokongan: 1.1515, 1.1440

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 110.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 111.50.
Tahap rintangan: 111.50, 112.15
Tahap sokongan: 110.75, 110.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7235. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7335.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6915. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6990.
Tahap rintangan: 0.6990, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2585. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susuan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9310. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9240.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9185

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 76.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 76.40, 78.75
Tahap sokongan: 74.20, 72.45

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1747.05. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1779.70.
Tahap rintangan: 1779.70, 1806.85
Tahap sokongan: 1747.05, 1721.65