83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Disember 2020                             Analisis Sesi Petang

Paun meningkat susulan dengan prospek positif terhadap perjanjian Brexit.

Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain terus melanjutkan keuntungannya semasa lewat sesi Asia setelah laporan U.K dan EU telah membuat kemajuan mengenai kuota penangkapan ikan. Menurut kepada sumber, U.K dan EU telah dilaporkan mencapai kompromi terhadap kuota penangkapan ikan. Dalam cadangan tersebut, UK akan menahan peningkatan stok ikan yang dijual di UK, sementara EU akan menyimpan stok serupa yang popular di EU tetapi tidak di UK. Oleh kerana tarikh akhir dalam tempoh peralihan pada 31 Disember adalah semakin hampir, kemajuan positif tersebut setelah kebuntuan selama sebulan telah mengembalikan harapan untuk perjanjian pasca-Brexit, justerunya ia memacu permintaan besar untuk paun sterling. Namun, para pelabur tetap kekal fokus kerana masih ada isu lain seperti persaingan dan pentadbiran urus niaga yang mungkin juga mempengaruhi arah perjanjian Brexit. Pada masa penulisan, GBP / USD meningkat 0.03% menjadi 1.3445.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.64% kepada $46.32 setong pada masa penulisan susulan dengan parap pelabur terus membeli terhadap kompromi OPEC. Komoditi hitam ini terus mengalami permintaan yang besar setelah Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC +) bersetuju dalam pertemuan menteri  pada hari  Khamis untuk meringankan pengurangan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari (bpd) dari Januari 2021. Di samping itu, prospek yang positif terhadap vaksin juga membantu dalam menolak harga dengan lebih tinggi. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.03% kepada $1840.55 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Construction PMI (Nov) 53.1 52.0
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Nov) 638K 469K
21:30 USD – Unemployment Rate (Nov) 6.9% 6.8%
21:30 CAD – Employment Change 83.6K 20.0K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly: Indeks dolar didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 90.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 91.75, 94.05

Tahap sokongan: 90.10, 88.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3485. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3645

Tahap sokongan: 1.3295, 1.3125

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2150. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2150, 1.2200

Tahap sokongan: 1.2080, 1.2030

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 104.30, 104.65

Tahap sokongan: 103.85, 103.15

 

AUDUSD, Weekly: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7570. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7570.

 

Tahap rintangan: 0.7570, 0.7780

Tahap sokongan: 0.7370, 0.7130

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7110, 0.7340

Tahap sokongan: 0.6905, 0.6760

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2845. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.3025

Tahap sokongan: 1.2845, 1.2735

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.8980. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.8980, 0.9090

Tahap sokongan: 0.8860, 0.8710

 

CrudeOIL, Weekly: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 50.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 50.05.

 

Tahap rintangan: 50.05, 61.85

Tahap sokongan: 41.75, 33.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1829.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1857.55, 1891.30

Tahap sokongan: 1829.30, 1808.40