05 Januari 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar AS melonjak susulan dengan peningkatan ketidakstabilan pasaran
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama melonjak di tengah peningkatan kebimbangan pasaran mengenai kebangkitan virus yang bermutasi di UK. Menurut Statistik Worldometer, UK telah melaporkan lebih daripada 57k kes harian pada hari Isnin sementara jumlah kematian yang berkaitan dengan virus telah meningkat ke paras 75K secara keseluruhan. Dengan latar belakang kebangkitan wabak di UK, kerajaan UK telah memutuskan untuk melaksanakan sekatan penguncian sekali lagi untuk mengekang penyebaran virus koronavirus baru. Di bawah peringkat sekatan penguncian baru, sekolah rendah dan menengah terpaksa ditutup, dan semua kedai yang tidak penting tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh penguncian. Pelaksanaan tindakan penguncian telah meningkatkan kebimbangan pasaran kerana mereka mejangkakan bahawa lebih banyak negara berkemungkinan tinggi akan mengikuti langkah UK, atau melaksanakan kawalan pergerakan yang lebih ketat. Selain itu, dengan pilihan raya Georgia yang akan diadakan untuk menentukan keseimbangan kuasa di Senat AS, para pelabur mengalihkan modal mereka ke aset yang selamat sambil memberi perhatian kepada keputusan pilihan raya. Semasa penulisan, indeks dolar menyusut 0.05% ke 89.60.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung 0.89% ke $47.65 setong selepas mejunam lebih daripada 5% pada hari semalam kerana OPEC + memutuskan untuk menangguhkan mesyuaratnya yang mengenai pelan pengeluaran minyak untuk bulan Februari, disebabakan oleh kebanyakkan ahli OPEC tidak bersetuju dengan cadangan Rusia untuk meningkatkan bekalan pada bulan Februari. Selain itu, harga emas melonjak 0.05% ke $1942.45 setroy auns kerana peningkatan wabak virus melemahkan permintaan pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Dec) | -39K | 10K | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Dec) | 57.5 | 56.6 |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 89.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 89.60.
Tahap rintangan: 89.90, 90.25
Tahap sokongan: 89.60, 89.30

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3535. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3620.
Tahap rintangan: 1.3620, 1.3710
Tahap sokongan: 1.3535, 1.3470

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meemcah tahap rintangan sebelumnya di 1.2260. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2300.
Tahap rintangan: 1.2300, 1.2325
Tahap sokongan: 1.2260, 1.2205

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.65, 104.00
Tahap sokongan: 103.00, 102.55

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7680. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7740.
Tahap rintangan: 0.7740, 0.7785
Tahap sokongan: 0.7680, 0.7635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7170. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7225.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7100

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2700. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2695.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2825
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2625

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.8820. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8780.
Tahap rintangan: 0.8820, 0.8855
Tahap sokongan: 0.8780, 0.8740

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 47.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 48.15.
Tahap rintangan: 48.15, 48.65
Tahap sokongan: 47.10, 46.20

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1936.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1950.00.
Tahap rintangan: 1950.00, 1958.70
Tahap sokongan: 1936.85, 1923.00