05 Januari 2022 Analisis Sesi Petang
Paun telah meningkat susulan dengan data ekonomi bullish.
Pound Sterling telah menerima momentum bullish semalam berikutan United Kingdom mengeluarkan data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Markit/CIPS, UK Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 57.9, melebihi ramalan pasaran pada 57.6. Pengeluaran Pembuatan UK meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh empat bulan, dirangsang oleh peningkatan pengambilan kerja baharu, pemulihan ekonomi serta kadar pekerjaan yang lebih tinggi di wilayah UK. Namun begitu, pakar ekonomi meramalkan peningkatan prospek ekonomi di UK akan menjadi lebih lemah berbanding pertengahan tahun, di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan, kesukaran Brexit dan kemungkinan sekatan pandemik selanjutnya di dalam dan luar negara. Penganalisis membuat spekulasi bahawa kawalan sempadan selepas Brexit ke atas import UK pada awal 2022 akan menjejaskan perkembangan ekonomi, manakala varian Omicron akan menambah ketidaktentuan yang teruk kepada pertumbuhan ekonomi. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.01% ke 1.3530.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.53% ke $77.00 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal. Namun begitu, aliran keseluruhan bagi minyak mentah masih kekal bullish susulan dengan selepas data inventori yang bullish telah dibebaskan. Menurut Institut Petroleum Amerika, Stok Minyak Mentah Mingguan API A.S. memberi bacaan sebanyak -6.432M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -3.400M. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.06% ke $1815.80 se troy auns setakat penulisan susulan dengan data ekonomi yang negatif dari rantau Amerika Syarikat, yang mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari In
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Dec) | 534K | 390K | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.576M | -2.800M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 95.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.90, 97.50
Tahap sokongan: 95.65, 94.90
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3475. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3615.
Tahap rintangan: 1.3615, 1.3690
Tahap sokongan: 1.3475, 1.3359
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1345. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1345, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1235, 1.1175
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 116.10. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 116.10, 118.70
Tahap sokongan: 112.95, 110.85
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7175. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7365, 0.7535
Tahap sokongan: 0.7175, 0.6995
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6840. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6570
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2625. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2825.
Tahap rintangan: 1.2825, 1.2940
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2520
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9175, 0.9260
Tahap sokongan: 0.9105, 0.9035
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 77.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 75.25.
Tahap rintangan: 77.00, 79.00
Tahap sokongan: 75.25, 72.70
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1814.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1814.90, 1830.55
Tahap sokongan: 1786.30, 1762.20