83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Mac 2018                 Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mac 5 – 9

Kajian Pasaran (Forex): Februari 26 – Mac 2

Dolar A.S.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan cadangan Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tarif import ke atas keluli dan aluminium yang boleh meningkatkan kemungkinan untuk berlakunya persaingan perdagangan global. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.38% semasa lewat sesi hari Jumaat sambil menutup minggu tersebut di paras 89.98.

 

Menurut kepada Donald Trump, Amerika Syarikat akan mengenakan tarif import sebanyak 25% dan 10% ke atas keluli dan aluminium. Tindakan yang kontroversial tersebut mencetuskan kebimbangan di mana ahli perdagangan utama AS seperti China boleh membalas tindakan tersebut dengan inisiatif yang sama.

 

Di dalam satu tindak balas yang awal, EU telah menegaskan bahawa blok ekonomi tersebut akan mengenakan cukai ke atas barangan import AS yang berjumlah $3.5 bilion sekiranya mereka meluluskan tarif import ke atas dua komoditi tersebut. Justeru, berita ini telah meningkatkan suasana penghindaran risiko di dalam pasaran kepada aset selamat seperti Yen Jepun dan emas.

 

Cadangan tarif tersebut telah diberikan dua hari selepas Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell menyampaikan isyarat yang bullish untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran memandangkan perkembangan ekonomi masih pesat dan kukuh.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.44% ke 105.75. Yen Jepun telah menerima sokongan bullish yang lebih lanjut selepas Gabenor Bank Pusat Jepun Haruhiko Kuroda menyatakan bahawa mereka berkemungkinan untuk mengurangkan dasar kewangan yang longgar pada tahun 2019 oleh kerana kadar inflasi berkemungkinan lebih tinggi untuk mencapai sasaran mereka kelak.

 

 

EUR/USD

EUR/USD meningkat selanjutnya sambil mencatat keuntungan sebanyak 0.43% ke $1.2317 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.

 

 

GBP/USD

Pound sterling meningkat sebanyak 0.20% ke $1.3800 berbanding dengan dolar AS pada hari Jumaat. Namun, kenaikannya adalah masih terhad selepas risiko mengenai Brexit masih berlegar berikutan dengan cadangan Perdana Menteri Theresa May untuk mengurangkan akses UK ke dalam pasaran tunggal EU dan ini telah mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai proses Brexit yang lebih “optimistik”.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Februari 26 – Mac 2

GOLD

Harga emas masih menerima sokongan bullish yang lebih lanjut susulan dengan gejala penghindaran risiko di dalam pasaran selepas Presiden AS Donald Trump memberikan cadangan untuk mengenakan tarif import ke atas keluli dan aluminium. Harga emas mencatat keuntungan sebanyak $5.42 atau 0.41% ke $1,322.49 se troy auns.

 

Presiden AS Donald Trump mengumumkan pada hari Khamis yang lalu untuk mengenakan tarif import sebanyak 25% dan 10% ke atas keluli dan aluminium sambil meningkatkan kemungkinan untuk berlakunya tindak balas yang sama dari rakan dagangan utama terutamanya China.

 

Walaubagaimanapun, komoditi selamat ini masih mencatat kerugian untuk minggu yang kedua berturut-turut selepas Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell memberikan isyarat hawkish mengenai kenaikan kadar faedah pada masa hadapan.

 


 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah memangkas sedikit kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu sementara kenaikannya adalah masih terhad susulan dengan kekhuatiran para pelabur ke atas pembekalan minyak AS yang telah mencapai paras rekod tinggi. Harganya meningkat sedikit sebanyak $0.12 atau 0.20% ke $61.52 setong.

 

Menurut kepada pembekal servis Baker Hughes, bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 1 ke 800, iaitu paras yang tertinggi sejak 2hb April 2015. Data tersebut telah menambahkan keraguan dan kekhuatiran para pelabur ke atas Amerika Syarikat selepas paras pengeluarannya telah mencapai paras rekod tinggi di 10.3 juta tong sehari apabila merujuk kepada laporan dari EIA yang telah dilepaskan pada hari Rabu yang lalu. Paras ini telah meningkatkan posisi Amerika Syarikat di dalam pasaran sebagai pengeluar minyak kedua terbesar di seluruh dunia selepas Rusia. Ini telah meningkatkan sentimen pesimisme di dalam pasaran di mana pasaran minyak berkemungkinan untuk mengambil masa yang lebih panjang untuk berlakunya pengimbangan semula.

 

Tekanan menjual telah ditambahkan lagi dengan laporan pesimistik oleh EIA berkenaan dengan stok simpanan minyak bagi minggu yang lalu. Stok simpanan minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 3.019 juta tong, melebihi ramalan hanya 2.4 juta tong sahaja. Sementara itu, stok gasoline meningkat secara mendadak sebanyak 2.483 juta tong berbanding dengan ramalan konsensus untuk susut sebanyak 190,000 tong. Stok yang lebih tinggi bagi gasoline berkemungkinan untuk menjejaskan harga komoditi ini oleh kerana ia memberi isyarat kepada penyusutan di dalam aktiviti penyulingan dan penapisan yang boleh mendorong kepada bekalan yang lebih tinggi di dalam pasaran.

 

 

Pandangan Mingguan: Mac 5 – 9

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat bank pusat di Australia, zon Eropah, Kanada dan Jepun untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai pandangan mereka terhadap perkembangan ekonomi semasa dan dasar kewangan masa hadapan. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan kepada Laporan Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat iaitu salah satu barometer utama bagi melihat perkembangan yang lebih lanjut mengenai pasaran buruh di AS.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mac 5 – 9

Isnin, Mac 5  

Data

AUD – Building Approvals (MoM) (Jan)

CNY – Caixin Services PMI (Feb)

EUR – Markit Composite PMI (Feb)

EUR – Services PMI (Feb)

GBP – Services PMI (Feb)

EUR – Retail Sales (MoM) (Jan)

USD – Markit Composite PMI (Feb)

USD – Services PMI (Feb)

USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Feb)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Feb)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mac 6  

Data

GBP – BRC Retail Sales Monitor (YoY) (Feb)

AUD – Retail Sales (MoM) (Jan)

AUD – RBA Interest Rate Decision

USD – Factory Orders (MoM) (Jan)

CAD – Ivey PMI (Feb)

 

Acara

USD – FOMC Member Quarles Speaks

AUD – RBA Rate Statement

USD – FOMC Member Dudley Speaks

 

Rabu, Mac 7  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – GDP (QoQ) (Q4)

GBP – Halifax House Price Index (YoY) (Feb)

EUR – GDP (QoQ) (Q4)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb)

USD – ADP Nonfarm Productivity (QoQ) (Q4)

CAD – Trade Balance (Jan)

CAD – BoC Interest Rate Decision

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

USD – FOMC Member Kaplan Speaks

GBP – Annual Budget Release

USD – FOMC Member Bostic Speaks

USD – FOMC Member Dudley Speaks

CAD – BoC Rate Statement

 

Khamis, Mac 8  

Data

JPY – GDP (QoQ) (Q4)

CNY – Trade Balance (USD) (Feb)

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar)

CAD – Housing Starts (Feb)

USD – Initial Jobless Claims

CAD – Building Permits (MoM) (Jan)

CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jan)

 

Acara

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Mac 9

 

 

Data

JPY – Household Spending (MoM) (Jan)

CNY – CPI (YoY) (Feb)

CNY – PPI (YoY) (Feb)

JPY – BoJ Interest Rate Decision

EUR – German Industrial Production (MoM) (Jan)

EUR – German Trade Balance (Jan)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jan)

GBP – Trade Balance (Jan)

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Feb)

USD – Nonfarm Payrolls (Feb)

USD – Participation Rate (Feb)

USD – Unemployment Rate (Feb)

CAD – Employment Change (Feb)

CAD – Unemployment Rate (Feb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

CAD – BoC Gov Poloz Speaks

JPY – BoJ Monetary Policy Statement (YoY)

JPY – BoJ Press Conference

USD – FOMC Member Rosengren Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Mac 5 – 9

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). Petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat dan momentum menaik mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 90.00, 91.30

Tahap sokongan: 88.40, 86.80


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah keluar dari paras bawah segi tiga menyempit. Namun, lantunan baru-baru ini serta penyusutan pada momentum menurun di MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal selepas ia memecahkan tahap psikologi di 1.3800.

 

Tahap rintangan: 1.3800, 1.3970

Tahap sokongan: 1.3600, 1.3400

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang dengan aliran bearish susulan dengan pengundurannya dari garisan 20-MA (merah). Petunjuk MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan bias bearish. Justeru, pemecahan dari tahap sokongan minor di 105.45 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 105.95, 108.40

Tahap sokongan: 105.45, 103.35


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan berhampiran 1.2170. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2270, 1.2170

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Bias menurun pada harga emas kekal terhad susulan dengan lantunannya dari tahap sokongan yang kukuh di 1312.00. Sejajar dengan pergerakan harganya, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1353.70

Tahap sokongan: 1312.00, 1295.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara ia telah melantun dari tahap sokongan 60.80 baru-baru ini. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan dari paras oversold mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia berjaya dalam memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 63.75, 66.65

Tahap sokongan: 60.80, 59.00