83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Mac 2020                          Analisis Sesi Pagi

 

 

Indeks dolar melantun susulan dengan data ekonomi yang positif.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melantun selepas mencapai tahap terendah dalam tempoh dua bulan berikutan dengan pembebasan data positif yang tidak dijangkakan. Menurut ADP, data Nonfarm Emploment Change di AS meningkat sebanyak 183K, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 170k sambil menunjukkan bahawa wabak Coronavirus baru-baru ini di rantau AS tidak banyak menjejas pasaran buruhnya. Di samping itu, ISM Non-Manufacturing PMI di Amerika Syarikat juga dibebaskan pada bacaan yang optimis sebanyak 57.3, di mana sedikit lebih tinggi daripada ahli ekonomi 54.9. Walaupun penyebaran Coronavirus sedang mengancam pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, namun data ekonomi baru-baru ini masih menunjukkan tanda positif ketika menunjukkan bahawa ekonomi masih kukuh dan utuh. Walau bagaimanapun, pelabur masih akan terus melihat pada pembebasan data ekonomi yang akan datang untuk meneliti hala tuju dolar kerana ia dipercayai bahawa kesan negatif masih tidak ditunjukkan dalam data lagi. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.23% ke 97.35. Sebaliknya, pasangan USD/CAD meningkat 0.01% ke 1.3385 berikutan dengan Bank of Canada menurunkan kadar faedahnya ke 1.25% sebagai tindak balas untuk mengurangkan impak negatif Coronavirus. Dalam kenyataan dasar monetari, BoC menekankan bahawa wabak COVID-19 menyebabkan aktiviti perniagaan jatuh secara mendadak dan rantaian bekalan juga terjejas. Oleh itu, pemotongan pada kadar faedah yang secara besar-besaran akan dilaksanakan untuk menyokong keadaan ekonomi semasa, sementara tidak menolak kemungkinan bahawa ia akan terus melonggarkan dasar monetari pada masa akan datang.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.06% ke $47.15 setong oleh kerana para peserta pasaran menjangkakan OPEC dan sekutu-sekutunya akan bersetuju pada pemotongan pengeluaran yang lebih dalam pada pertemuan dua hari di Vienna. Pada masa yang sama, peningkatan stok simpanan yang rendah juga menyokong harga minyak mentah. Menurut kepada data EIA, bekalan minyak mentah naik 0.785M, tersasar daripada ramalan ekonomi 2.644M. Selain itu, harga emas turun 0.03% ke $1636.60 satu troy auns di tengah pengukuhan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     CrudeOIL                               OPEC Meeting

01:00                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

(6hb)

01:45                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

(6hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Initial Jobless Claims 219K 215K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 97.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.45, 97.90

Tahap sokongan: 96.80, 96.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementra ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2870. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2870, 1.2905

Tahap sokongan: 1.2830, 1.2785

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap tinggi saluran sisi.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1215

Tahap sokongan: 1.1110, 1.1075

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.90.

 

Tahap rintangan: 107.90, 108.65

Tahap sokongan: 106.70, 105.85

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6620. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6650.

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6680

Tahap sokongan: 0.6620, 0.6580

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6315, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6205

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3335. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490

Tahap sokongan: 1.3335, 1.3265

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9585.

 

Tahap rintangan: 0.9585, 0.9625

Tahap sokongan: 0.9520, 0.9450

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 48.10. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 46.60.

 

Tahap rintangan: 48.10, 49.30

Tahap sokongan: 46.60, 45.35

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1635.20. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 1654.50, 1671.60

Tahap sokongan: 1635.20, 1625.95