83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 April 2021                         Analisis Sesi Petang

 

Euro kekal lemah susulan vaksinasi yang perlahan.

Semasa lewat sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar AS tetap ditekan dan jatuh susulan dengan EU terus bergelut untuk memulih dari wabak tersebut. Untuk setakat ini, para pelabur terus menghadamkan masalah program vaksinasi di EU yang kini masih belum dapat diselesaikan. Pada minggu lalu, Menteri Kewangan Perancis telah menurunkan jangkaan ekonomi untuk tahun ini disebabkan oleh perkembangan vaksinasi yang lemah. Sebilangan besar negara di EU melancarkan program vaksinasi lebih lambat dari yang dijangkakan kerana kekurangan stok vaksin dan keyakinan di kalangan warganya terhadap vaksinasi. Di samping itu, peningkatan kes koronavirus juga membebani pasangan ini kerana beberapa negara seperti Perancis, Jerman dan Itali telah mengumumkan sekatan baru untuk membendung peningkatan kes koronavirus. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.02% kepada $ 1.1766 pada.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.26% kepada $61.05 setong semasa penulisan di tengah-tengah pasaran yang terus bereaksi terhadap berita OPEC untuk menurunkan pengurangan pengeluarannya antara Mei dan Julai. Mengikuti perjanjian yang telah dicapai pada Khamis lalu, pengurangan pengeluaran OPEC akan melebihi 6.5 juta tong sehari dari Mei, sedikit lebih rendah daripada bulan April dengan 7 juta. Namun, proses vaksinasi yang berterusan di kebanyakan negara dan peningkatan dalam perjalanan dapat membantu mengimbangi kerugian sementara pasaran menunggu isyarat selanjutnya. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.22% kepada $1725.84 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kenaikan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

All Day                   GBP                                       Easter

All Day                   EUR                                       Easter

All Day                   AUD                                       Easter

All Day                   CAD                                       Easter

All Day                   NZD                                       Easter

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                              Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) 55.3 58.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 93.30 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 93.30.

 

Tahap rintangan: 93.30, 94.20

Tahap sokongan: 92.40, 91.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3855. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.3675.

 

Tahap rintangan: 1.3855, 1.4005

Tahap sokongan: 1.3675, 1.3550

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1700. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.1850.

 

Tahap rintangan: 1.1850, 1.1985

Tahap sokongan: 1.1700, 1.1605

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 110.25.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.60

Tahap sokongan: 110.25, 109.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7640. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 0.7640.

 

Tahap rintangan: 0.7640, 0.7715

Tahap sokongan: 0.7555, 0.7450

 

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7035. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.6945.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7110

Tahap sokongan: 0.6945, 0.6870

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2610.

 

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2745

Tahap sokongan: 1.2475, 1.2360

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish bias signal mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9455.

 

Tahap rintangan: 0.9455, 0.9525

Tahap sokongan: 0.9365, 0.9300

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 61.70. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 61.70.

 

Tahap rintangan: 61.70, 63.70

Tahap sokongan: 59.40, 57.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 1702.30 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal kembali ke arah tahap 1702.30.

 

Tahap rintangan: 1742.20, 1767.45

Tahap sokongan: 1702.30, 1677.25